.. GaLakSi MiNDa CeRiA : ZeRo's KingDom Of CoLour..

~ 天の道を往き、総てを司る!.. Ten no michi o iki, subete o tsukasadoru! .. "Walking the path of heaven, to rule everything!" (Tendou Zero , 1985) ~
..GaLakSi Suci Crystal..

Showing posts with label Ustaz A. Show all posts
Showing posts with label Ustaz A. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Diari Ramadhan Zero : “Ya Allah , ku terima pembalasan ini”…

Assalamualaikum dan saLam Ramadhan..

Alhamdulillah anda semua masih dikurniakan umur yang panjang n masa yang lapang untuk sekurang2nya menatap perkongsian Zeronaldo di malam Ramadhan terakhir di bumi Velladine sebelum terbang pulang menemui ibu bapa dan keluarga tercinta di desa permai..

Di malam Jumaat ini , Zero tidak pergi ke surau untuk majlis yang sepatutnya dihadiri olehku setelah hampir sebulan Ramadhan bersama pelajar2 kesayangan yang sedang belajar mengubah diri sedangkan rakan2 seusia dan lebih tua dari mereka lalai dan sesat dengan neraka dunia..Nauzubillah.. moga dilindungi bumi Beladin ini dari bala bencana yang pernah menimpa umat Nabi-nabi terdahulu..

Kenapa dengan diri ini?..what happens to most arrogant player from UPSI??..apa khabar diri ini??..ditanya pada hati ini

Mohd Azirul sihat Alhamdulilah… masih manis cuma iman selalu turun naik sejak kebelakangan ini… tapi tak mengapa, insyaAllah selalu di bawah rahmat dan perlindungan Allah..

Namun dugaan yang diterima menjelang Syawal ini diterima sepenuhnya.. atas kelalaian dan kealpaan manusia lemah ini maka seharusnya ini yang diterimanya..

Dugaan?? ..adakah hatimu terluka lagi sayang??..

Tidak…lupakan soal hati ini kerana setakat ini Alhamdulillah di bulan Ramadhan ini ku telah menggembirakan hati insan2 yang sepatutnya beroleh kegembiraan di usia mereka ini namun Allah lebih menyayangi ibu bapa mereka.. juga hati ini gembira melihat kegembiraan mereka yang menerima bungkusan kiriman dari Borneo ini.. namun adakah mereka benar2 gembira??.. Wallahua’lam..

Sebenarnya pembalasan yang diterima oleh pLayer paling angkuh ini ialah kecederaan buku lali yang sudah 90 hari umpama sudah sembuh kini kembali di saat finale Badminton Ramadhan 2011 yang kebetulan ditunda justeru tidaklah tergugat keangkuhan di dalam gelanggang menerima kekalahan..

Lalu sebenarnya Zero perlu melalui proses terapi “running ankle” sebaik mungkin agar segala program dan tugasan yang diamanahkan selepas cuti Syawal dapat dilaksanakan sebaik mungkin selaku teraju..

Adakah Syawal ini akan diharungi dengan kesakitan??.. jawapannya tentu sekali tidak kerana segala kesakitan tidak akan muncul dengan kasih sayang abah n mama yang akan memastikan anak sulung mereka ini bergaya n sihat di pagi Syawal seperti mana 25 tahun yang lalu..

KonkLusi : 30 Ramadhan ini insyaAllah jemputan akan dilakukan dan bLog ini adalah salah satu medium utama..justeru terus berwaspada dengan entri terbaru jika saya masih panjang umur..:))

“mungkinkah hatiku miLikmu”…

:: 12.03 am ; Zero’z Beds :: (UpLoad at Kuching International Airport)...

ia beLum berakhir...:))

Thursday, May 5, 2011

~ ZeRo bukaN Lagi iMaM muDa.. seLayaknya seorang makMum ..~


Assalamualaikum & saLam sejahtera..

Mungkin ketenangan setiap kali bersama pelajar2 kesayangan di setiap maLam Jumaat membuka minda ini untuk berfikir dengan tenang n ceria..

Lama tidak berkongsi rasa di penuh ceria ini.. saban hari saban minggu mendengar isi hati pelajar2 , guru2 , rakan2 , teman2 wanita , teammate , dan insan2 sehingga lupa mahu berkongsi isi hati ini..

Alhamdulillah masih ceria n bersyukur dengan segala kenikmatan dari-Nya..

Walaupun hati bertanya “ bagaimana pula dengan kehilangan dia dari hidupmu??”.. minda menjawab , “selayaknya diri ini msih belum jernih utk diterima gadis semulianya”..

Malam ini tidak lagi diri ini memberi ceramah..sekadar mengikuti zikir dan beristighfar melihat kesalahan lalu..(saat ini muncul memori maLam Jumaat yang serba indah di Sains Dungun yang banyak membantu dalam membentuk pelajar2 ini)..

Tiada ceramah kerna terasa amat bersalah untuk menjadi baik sedangkan kata orang bahawa Zero masih seperti dulu.. apa itu duLu??.. Zero adaLah “here & now”.. namun mereka tidak boleh disalahkan kerna Zero tidak sesempurna mereka..

Gadis2 itu semuenye sama2 keliru ..

tidak mampu untuk mempercayai diri ini mampu setia.. benar salah diri ini yang terlalu banyak melukai namun tidak percayakah mereka dengan jodoh?? .. yupp .. sekarang benarLah sudah tiada jodoh antara kami buat masa sekarang..…(lagipun jika tiada asas kepercayaan apa guna hubungan itu kan ..ehehe..)..

4 now im bored with all diz gurl who keep flirting with me.. my heart only 4 my F.. although now i Lost her but then its make her happy.. so Zero turut mampu untuk hepi..

Yang pasti Zero gembira dengan kehidupan sebagai seorang kaunselor + seorang player badminton penuh attacking + famiLy yang dirindui di Ganu + smua insan2 yang baik di sekeliling Zero + anak2 murid yang menghargai guru ini ..:)

Kesedihan itu hanya kerna gagal menjadikan gadis terbaik yang telah dipersetujui mama untuk dijadikan menantu suLung itu.. seLamat tinggaL my F..

Zero juga tidak akan berceramah lagi sehinggalah kembaLi ke Ganu..apatah lagi untuk berkhutbah di hari Jumaat kerna Zero tidak layak menjadi imam...

Mohd Azirul hnya insan Lemah yang mahu menjadi makmum dan mendapat pahaLa berjemaah di bawah pimpinan imam selayaknya..

Wallahua’lam…

Friday, March 4, 2011

Kisah Ustaz A : AmaRan!!! ini citer MaLam JumaaT .. Zero Luiz "terpaksa" menyakitkan dia !!!

Salam..

Lama x jumpa bukan bermakna Zero Luiz sudah melupakan pembaca2..

Cuma masa jeles kat kite kan..:p

Ce citer..ce citer..

Ok2..Luizero citer..:)

tapi maaf tiada citer tentang C.I.N.T.A.. kerna cinta yang universal ini perlu dirahsiakan..(rahsia la sgt kan coz entry kat bawah terang tang tang pasal rahsia 2)..:p

yang ada hanya citer malam Jumaat keliwon...(auuww angker kan)..

ini kisah nya..

maLam Jumaat ini penampar suLung diLepaskan..(xdela kuat sgt hasil tgn yg bersenam ni)..

masyaAllah..main2 ngan kaLimah suci di “rumah Allah” confirm2 la xkan dibiarkan..

bile Ustaz Azirul x bagi ceramah n duk di belakang bermakna my “eagle eyes” was at da best..

Cuma marah tanda sayang..kalo dibiarkan maka punahlah generasi muda Islam ini..

Apa guna seorang guru jika membiarkan anak2 muda ini hanyut dalam keseronokan duniawi sampai ke rumah Allah pun bermain2???..nauzubillah..

maafLah jika malam ini perwatakan ber”henshin” namun selayaknya diganyang lagi dak 2 macam zaman Sains Dungun dulu2..sabo je la..


~ motif!! ...nak tunjuk moto ke?? .. ustaz kne humbLe . faham kan ~

time2 exam week ni memang xde wat sesi n program2 so memang xde hal nak menunjukkan emosi asertif (tegas) yang berlanjutan dari kem kepimpinan hari tu..

hamik kau..jangan main2 dalam agama..

adakah penerajang suLung akan dilepaskan??..nauzubillah..(kalo main bola ari tu mmg dah dilepaskan pun)..:-)

yang pasti tadi kejap je pun nasihat dak 2..marah skit pn dah kuar air mata.. tu laa.. dalam surau tunjuk hebat tapi Lembik..

pepun amaran dah dibagi n next week time saye bagi ceramah = my eyes is on all of them including the gurlz..

Wallahua’lam..

Assalamualaikum..

p/s : jgn rso..lepas hukum mestila kene rasional kan ..so pagi ni sesi kaunseling individu akan diadakan oleh Mr.Alessandro untuk pelajar2 ini supaya mereka “celik akal” tentang perbuatan mereka..hehe..

Saturday, May 15, 2010

ZeRo : kaKi yang Kau saKiTi + UcaPan untuK inSan istiMewa ...

Read on your own risk !!!

Attacking mode :

- a move start from GK to winger who quickLy run byline n make a lightning speed cross that not only eluded opposition keeper but aLso ZRO8 ( yupp it’s a tribute 2 LampaRd 4 a great season so no.8 was my no. that nite) who juz cant tap in with some pressure from enemies defender..

Defending mode :

- ZRO8 faiLure to score juz help opposition team 2 setup counter-attack so as box to box pLayer (Lampard too..hikhik..) ZRO8 need 2 shore up team defence n unfortunate nite begins... crossfieLd pass from enemy must be intercepted by ZRO8 n the ball went to my foot nicely but its power was too much + some pressure from behind its only result an ankle injury .. ZRO8 GAME OVER ..

Memartabatkan Bahasa Melayu , Memantapkan Bahasa Inggeris ..

- kecederaan ini agak merunsingkan sebab ujian makin dekat .. 2.4km + 5 ujian fizikal pasti gagal diatasi dengan kejadian malang ini .. tension sehh..

- yupp rawatan sudah dilakukan tapi masa untuk sembuh bukannya singkat.. 

- ari ni ade RockaboLa tapi takde maknenye itu semue utk OKU mcm saye ni yang sentuh bola pun dah sakit..huhu..

Pepun sebagai seorang pengamaL Teori ReaLiti , ZRO ade W-D-E-P untuk kes ni :

W (Wants) – ZRO mahu cepat sembuh untuk kembaLi berLari n beraksi

D (Doing) – Mengurut + bermandi minyak Sloan + duduk2 diam .. huh ..arghh

E (Evaluate) - Alhamdulillah makin sembuh tapi kalo tak sempat 80% baik mungkin suntikan akan diambil demi kerjaya ..:)

P (Planning) - Adi Acuna akan “dibersarakan” sepenuhnya dan AdiNova akan digunakan semaksimumnya sebaik sembuh … foRZa…

- seLamat berehat Acuna -

- apa yang pasti kaki yang disakiti menyedarkan bahawa kenikmatan boleh ditarik bila2 masa.. dan mujurlah kesedaran ini diperolehi hanya dengan sedikit kesakitan yang membolehkan ZRO mengubah diri yang kadang2 lalai dengan kesenangan ini.. - moga Allah merahmati kita semua…

~ 16 Mei … SeLamat Hari Guru kepada semua Guru yang tak pernah jemu mendidik demi kejayaan anak2 bangsa..

Saya sayang Cikgu yang mengajar saya erti kehidupan… <3

Friday, April 2, 2010

Zero's Tears.. : Al-Fatihah untuk Pak Din Beramboi..

Assalamualaikum..

semalam Zero tido awal..dalam kul 11 lebih dah terlelap...

n Zero bermimpi ade gigi yang tercabut namun ia hanya gigi di belakang gigi kekal..

Zero bangkit dari tidur n dapat tahu Pak Din Beramboi telah pergi untuk selama2nya..:(

benarlah petanda itu bahawa seseorang yang amat Zero sayangi akan pergi..


Abah juga sayang arwah..

mama juga suke mendengar celoteh paginya..

walaupun kami bertiga berada di lokasi kerja yang berbeza pada setiap pagi namun celoteh paK diN and Pak Nil akan jadi bualan saat santai2 di malam hari..

semua rakyat Malaysia menyayanginya..

khabar daripada sahabat2 blogger yang mengunjungi jenazah Allahyarham sedikit sebanyak menggembirakan apabila kejernihan wajah arwah membayangkan bahawa insyaAllah arwah akan bahagia di sana..

yang pasti Zero akan merinduinya..titis air mata akan berguguran saat mendengar Pak Nil kembali bertugas..:((

seLamat tinggaL Pak Din...

Monday, February 22, 2010

Zero : Isyarat SignaL Cinta ..

Hint ..

SignaL..

isyaRat..


mende same je tige2 kat above ni..

n saye dpt hint dari seorang gadis..


hint untuk saya memiLikinya..

atau lebih senang hint untuk Zero pergi menemui ibu bapanya untuk memiLikinya..


namun di sini Zero amat bersaLah kerna Zero bukan sahaja tidak mengiyakannya malahan tidak menidakkannya juga..(apakah ini??..)

senang citer setiap kali hal ini dibincangkan Zero akan mengaLihkan topic…


jika gadis itu ade singgah di bLog ini maka fahamilah bahawa sememangnya kamu ade segale2nye..


master dari overseas + kekayaan yang bakal diwarisi + budi pekerti + sweet ..:p


cume yang jeLas segaLa yang dipunyaimu itu menjadikan kita tidak SEKUFU..:)

dan saya tahu kamu faham tentang pemilihan pasangan kerna kite same2 skor agama Islam dalam SPM..:)


percayaLah Zero x mampu untuk membimbingmu dengan keadaan mase skrg..


dan kamoo pun pernah berkata kamoo x mampu lagi menunggu kan…:)


yang pasti Zero akan terus menjadi penasihat “percuma” untukmu..ehehe..


p/s : oopss bukan citer pasal fenomena eh.. but this entry mmg relate ngan fenomena hidup baru ni.. so ni maybe mukadimah dulu..


p/s 2 : kisah hint ini juga ada kaitan dengan fakta untuk my konvo yang konon2 bakal mengejutkan itu.. :(


k ceria2 seLaloo..


assaLamuaLaikum..

Monday, September 14, 2009

MenjeLang AidiLfitri : Kesedihan Bidadari..

Assalamualaikum..
saLam ramadhan..

Pagi Sabtu yang lalu Tok Ma telah selamat kembali ke Rahmatullah ..
tok Ma telah meninggalkan cucu kesayangannya , AinuL Husna buat selama-lamanya..
kanser tulang yang ketika dikesan itu sudah berada di tahap 4..
tiada apa lagi yang boleh dilakukan..:-(

Ainul yang berada di Terengganu ketika menerima berita kematian itu tidak dapat pulang..
ingin naik "flight" tapi siapa yang dapat pergi ke airport mengambilnya dalam suasana begitu..
justeru nasihat ibu dituruti..hurm..

perbualan telefon dari iPoh ke gaNu = tiada kesedihan yang ditunjukkan..
sungguh kuat bidadari dunia ini..
ketabahannya ini telah lama menawan hati ini..

mungkin dia telah lama bersedia untuk kehilangan Tok Ma kesayangan.namun yang pasti Zero juga sedih kerna tidak mungkin lagi berkesempatan untuk menemui arwah Tok Ma yang amat disayangi Cikgu Husna ini..:(

kisah ini same dengan Zero..
Zero sangat empati dengan insan istimewa di hati ini..

satu ketika dulu , saat arwah To'ki meninggal dunia Zero tidak dapat pulang ke kampung..
abah n mama juga tidak menyuruh saye pulang..
kata mereka jenazah To'ki akan disimpan awal dan saye tidak akan sempat pulang..
justeru mereka menyuruh saye melaksanakan amanah dan wasiat To'ki untuk melihat saya berjaya..


Al-Fatihah untuk Tok Ma..


p/s: Tahniah kepada sahabat sepraktikumku di Teknik Ipoh ini iaitu Fikri yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Alia..

jemput semua datang ke Terengganu..

Saturday, June 13, 2009

ZeRo : KompiLasi TeRakhiR ..

Assalamualaikum dan saLam ceria..

Kemungkinan iNi adaLah nuKiLan teraKhir Zero sehingga AidiLfiTri menjelma kerna tanggungjawab yang besar menunggu menjelang 13 minggu yang serba mencabar di hadapan ku.. huhu.. justeru sepanjang 13 minggu ini adalah kurang mungkin untuk Zero berbLog juga untuk bermain-main ..

Namun cuti dua minggu banyak memberi sesuatu untuk Zero fikirkan.. banyak juga kenangan yang bermain2 di minda juga dalam tidur .. :p

A ) Jemaah “emas” di surau = Kenangan Zero …

Alhamdulillah cuti ini Zero berkesempatan berjemaah di surau terutama untuk Maghrib dan Isya’ .. seperti yang bermain di fikiran anda sememangnya golongan muda hanyalah sekadar minority di sana .. namun biarlah kekuatan untuk datang berjemaah itu datang dengan sendiri agar timbul keikhlasan dalam beribadat.. ( ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita .. nampakkah kita ?? .. ;) ) ..

Okies sebenarnya berjemaah bersama golongan pakcik-pakcik yang boleh dikategorikan dalam umur arwah Tok’i saya ini terlalu nostalgia untuk saya .. banyak kenangan bersama Tok’i terlintas dalam kenangan seorang cucu sulung ini .. banyak juga sesalan yang tidak dapat dielakkan.. sebelum memasuki asrama penuh tika usia 13 tahun , Tok’i lah yang banyak mengajar ilmu agama kepada Zero dan semuanya lebih kepada praktikal agar ilmu itu dijadikan amal ..

Namun selepas memasuki alam sekolah menengah seterusnya alam universiti , Zero kurang berjemaah bersama Tok’I kecuali solat Tarawih n Aidilfitri .. dan keindahan untuk berjemaah bersama Tok’I tidak mungkin terjadi lagi setelah pemergiaannya bertemu Penciptanya dua tahun yang lalu ..

Tok’i banyak bercerita mengenai kesusahan yang dilaluinya sebelum mencapai apa yang ada di hadapan Zero ketika itu … namun Zero yang masih belum mengenal erti kesusahan ketika itu tentu sekali tidak mengambil iktibar dari kisah Tok’I itu .. (sememangnya kesenangan yang dicapai tanpa usaha tidak akan memberi makna ..hurm..) .. kini segala kisah dan cerita Tok’I adalah pedoman untuk Zero menghadapi hidup yang kian mencabar ini ..

Semoga Tok’I tenang sementara menunggu detik hari memasuki Syurga nanti..
Al-Fatihah..

B ) Kenduri kahwin = hari bahagia penganTin ..

Musim cuti sekolah ngan kenduri kahwin sememangnya mustahil untuk dipisahkan ..

Tentu sekali kemeriahan majlis perkahwinan yang dihadiri menggamit hati Zero ini..
Walaupun masih dalam usia yang amat muda (huhu.. :p ) namun dirasakan hati ini mula berkata untuk memilikinya dengan ikatan yang sah mengikut Islam..


Apatah lagi tanggungjawab untuk memberi cicit pertama kepada nenek terletak pada kemampuan saya .. ahakz .. InsyaAllah .. J

Namun apapun Zero ucapkan tahniah dan bahagia ke anak cucu serta Selamat Pengantin Baru kepada semua pengantin baru terutama Syed , Zeta , Lin , Kak Naemah dan Kak ILa.. semoga tabah menghadapi alam rumah tangga ..


C ) ResuLt Exam ..

Alhamdulillah kegembiraan cuti berterusan dengan result exam yang amat pantas kuar untuk sem ini .. (tapi duit tetap lambat dapat ..huhu ..) …

Masih berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai tahap tertinggi dalam penganugerahan ijazah , maka tekanan juga sebenarnya bertambah ..(siLa Lihat isu D..) ..

Tahniah kepada semua rakan-rakan .. apa saja yang kita perolehi kita harus bersyukur agar terus dikurniakan kebaikan daripada Allah S.W.T.. insyaAllah ..

D ) Praktikum ..


Hurm .. isu ini adalah lebih baik untuk Zero lakukan daripada menulis di sini kerana “sangat sangat banyak” kerja yang perlu dilakukan …

Keputusan praktikum ini terlalu penting untuk Zero agar usaha sepanjang 7 sem yang lalu tidak sia-sia ..

InsyaAllah saya akan berusaha .. doakan saya..

E ) Cita-cita @ impian ..

Jalan memburu impian tidak akan terlalu mudah.. mengimbas apa yang dilalui oleh arwah Tok’i maka cabaran yang telah dihadapi oleh Zero hanyalah terlalu ringan jika dibandingkan dengan cabaran arwah serta abah Zero sendiri..

Cita-cita Zero ini sememangnya sama dengan 3 orang rakan Zero semenjak dari zaman UPM lagi (dua2 kawan saya ni suke pergi Bukit Ekspo) untuk meneruskan pengajian ke tahap tertinggi .. ini adalah satu motivasi untuk kami sama-sama bersaing dengan sihat seterusnya mencapai impian itu .. semoga berjaya sahabatku .. yezza ..

F ) Abah ..

- Selamat Hari Bapa buat Abah–


Zero setakat ni saja entry kali ni .. selepas ini adalah penting untuk Zero memberikan 120% komitmen dan usaha kepada praktikum di Sek.Men Teknik Ipoh ..

p/s : ada yang bertanya pasal sambungan Kisah LV .. sambungan dia bukan takde tp juz sekadar tgk2 barang je .. xkan nak belikan coz saye mude lagi = xyah la sambung la kan.. lagipun anda semua pun biasa kan wat mende tu = tgk2 barang .. ehehe .. nantikan je Zero : Aidilfitri 2009 untuk mengetahui semuanya ...

jage diri semue..

dan doakan Zero berjaya dalam praktikum dan mendapat 4.0 sem ni .. amin ..

Wassalam..