.. GaLakSi MiNDa CeRiA : ZeRo's KingDom Of CoLour..

~ 天の道を往き、総てを司る!.. Ten no michi o iki, subete o tsukasadoru! .. "Walking the path of heaven, to rule everything!" (Tendou Zero , 1985) ~
..GaLakSi Suci Crystal..

Monday, September 14, 2009

MenjeLang AidiLfitri : Kesedihan Bidadari..

Assalamualaikum..
saLam ramadhan..

Pagi Sabtu yang lalu Tok Ma telah selamat kembali ke Rahmatullah ..
tok Ma telah meninggalkan cucu kesayangannya , AinuL Husna buat selama-lamanya..
kanser tulang yang ketika dikesan itu sudah berada di tahap 4..
tiada apa lagi yang boleh dilakukan..:-(

Ainul yang berada di Terengganu ketika menerima berita kematian itu tidak dapat pulang..
ingin naik "flight" tapi siapa yang dapat pergi ke airport mengambilnya dalam suasana begitu..
justeru nasihat ibu dituruti..hurm..

perbualan telefon dari iPoh ke gaNu = tiada kesedihan yang ditunjukkan..
sungguh kuat bidadari dunia ini..
ketabahannya ini telah lama menawan hati ini..

mungkin dia telah lama bersedia untuk kehilangan Tok Ma kesayangan.namun yang pasti Zero juga sedih kerna tidak mungkin lagi berkesempatan untuk menemui arwah Tok Ma yang amat disayangi Cikgu Husna ini..:(

kisah ini same dengan Zero..
Zero sangat empati dengan insan istimewa di hati ini..

satu ketika dulu , saat arwah To'ki meninggal dunia Zero tidak dapat pulang ke kampung..
abah n mama juga tidak menyuruh saye pulang..
kata mereka jenazah To'ki akan disimpan awal dan saye tidak akan sempat pulang..
justeru mereka menyuruh saye melaksanakan amanah dan wasiat To'ki untuk melihat saya berjaya..


Al-Fatihah untuk Tok Ma..


p/s: Tahniah kepada sahabat sepraktikumku di Teknik Ipoh ini iaitu Fikri yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Alia..

jemput semua datang ke Terengganu..

Wednesday, September 2, 2009

keTewasan seorang LeLaki : FinaL ePisode..


Baru dua episode dah jadi finale episode dah kan..ehe..

Episode one = ketewasan kepada demam .. so episode ni masih juga demam juga masih memainkan peranan dalam storyboard entry ini..

bile demam memang banyak nasihat kita dapat dari orang2 yang sayang kat kite suruh kite ikut cakap mereka..n Zero ikut je cakap mama suruh pakai stokin mase tido ..ehe..

tapi bile my ex-gurL dengan tegas suruh pergi kLinik , Zero dengan tegas juga menolaknya hingga hampir menyebabkan pergaduhan pertama tapi Alhamdulillah ia tak terjadi.. namun Zero terangkan kat dia yang kalo g kLinik n disyaki = kene kuarantin n Zero leh cuti 3 hari je sem ni.. kalo lebih kene “repeat” praktikum n means segala impian akan tertangguh (Nauzubillah).. lagipun ade 3 minggu lagi praktikal ni.. dia mengalah n cuba memahami kedegilan Zero yang tak dengar nasihatnya itu… (mayb sebab Zero degiL kot bab2 ni kot kami juz a gud frenz now..)..

ketewasan yang berlaku ialah apabila Zero mengikut cakap Mira untuk beli air Twister biar bertambah vitamin C dalam badan.. so mengikut nasihat cikgu Math n Bio ni , saye beli je botol besar (tahan 3 hari kot).. hurm maybe saye mahu cepat sembuh sebab nak siapkan report2 yang tertangguh dan akan ke uPsi 2 minggu lagi untuk berbuke pose dengannya.. so demi last perjumpaan dengan Mira , Zero telah memenangkannya..

ape pun sekarang saye semakin sihat dan bersedia untuk kembali bertugas.. n terima kasih pada dak2 umah yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan diri ini... thanx n Luv u my brotherhood of happiNess..

dan hari ini 2 September 2009 = bday Mama..
SeLamat Harijadi yang ke-48 untuk Mama..
Luv You so Much..

Sunday, August 30, 2009

Tewasnya seorang LeLaki : Episode One..

Demam..seLsema..batuk.. siLih berganTi..
2 hari yang dilalui ketika sakit tanpa keluarga di sisi sungguh menderitakan..

Mana mungkin anak sulung ini melupakan saat demam dan dipeluk abah..
Kali terakhir demam anak sulung ini di rumah ialah pada tahun 2000 = 2 bulan sebelum PMR..

Masih segar di ingatan selepas pulang dari sekolah menjelang prep petang kepanasan badan ini tidak dapat ditanggungi lagi..(terima kasih kepada teman 4B2 yang membuatkan ku “smooth” = of course dengan kebenaran)..
Di rumah selama 3 malam abah menemani tidur Zero di biliknya..
Kedengaran sahaja bunyi anaknya kedinginan ,pantas abah memelukku..

Namun kini , Zero hanya mampu memanggil nama abah dalam kedinginan..arghhh..

p/s : punca demam ini disyaki dibawa virusnya oleh seorang kaunselor dari Sekolah Bainun..

Mujur cuti ini sehingga Isnin..insyaAllah Zero x mau MC.. Zero mahu menyiapkan segala report..

Kemudian ke UPSi untuk kembali mencintai dan dicintai sebelum mengakhiri percintaan zaman university..

so parents takde added task dah..

seKian , ubat batuk ini sudah memberi kesan..
wassaLam..

Thursday, July 23, 2009

ZeRo : CeRia iTu iNDah ..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Maaf..tiada cerita untuk minggu ini kerana ia adalah cerita rutin kehidupan seorang kaunselor pelatih yang sedang menjalani praktikum..
Bukannya bermaksud ia membosankan namun itu semua sudah anda ketahui dalam entri-entri sebelum ini..

Praktikum sudah masuk minggu ke-7 saat ini..
Namun masih banyak yang perlu dilakukan..
Tekanan itu ada tetapi masih tidak mempengaruhi gaya hidup Zero..
Masih santai , masih berlibur...
Kerana ku tahu apa sasaranku..
Kerana ku tahu apa matlamatku..
Kerana ku tahu apa impianku...

(kerana impiannya itu menyebabkan Zero hanya tinggal di rumah pada hujung minggu ini dengan mengorbankan janji untuk ke UPSI (di saat rumah kosong kerana housemate2 ke KL ke UKM ke Klang , Zero tetap di sini mencoret nukiLAN ini..huhu..)..diri ini hanya merindukan seseorang di Terengganu yang sentiasa sibuk dengan praktikalnya..)

Ramai bertanya..
Dan tidak salah bertanya jika tidak tahu..
Namun kadang-kadang apa yang ingin diketahui itu sudah jelas jawapannya..
Justeru tidak perlu jawapan itu..

“I won't forget the way you're kissing,
The feeling's so strong were lasting for so long,
But you’re not the woman my heart is missing,
That's why i go away you know”…

So sebab weekend ni duk umah je maybe Zero akan ke Ipoh Parade untuk membiasakan diri dengan “lane” bowling di sana sebab Rabu ni @ 29 Julai , Zero akan menyertai pertandingan pertamanya di Ipoh anjuran Brash Bowling Club (BBC)..memang mendebarkan namun insyaAllah dengan keyakinan dan “keangkuhan” CaptainZRO maka sesuatu yang menarik akan berlaku..huhu..amin…

N tahniah to my great frenz ; Md Zahir yang akan mengikat tali pertunangan dengan Ain pada hari Sabtu ini di Taiping ..(n Zero cant go coz a reason which is a secret..).. finally this dude bertemu cinta sejatinya.. Alhamdulillah.. so abang-abang yang lain (kecuali abang Wak yang tunggu masa nak kawin je) bila lagi???.. pepun saye tak kisah pun untuk melangkah bendul anda semua sebab mende yang baik usah dilambat-lambatkan..

p/s : hurm nak gosip skit ni..ahakz .. dengar cerita dah ramai rakan-rakan kaunselor pelatih Zero dirisik oleh cikgu-cikgu yang ingin jadikan mereka sebagai menantu .. lebih mantap ada juga yang dirisik oleh cikgu senior untuk dijadikan suami..yaaa SUAMI k.. huhu..

namun setakat ini mereka mampu untuk tidak “malpractice” kerana sudah ada yang setia menanti..so pada semue kaunselor pelatih teruskan perjuangan praktikum ini..

Alhamdulillah .. ending yang menceriakan..

Saturday, July 4, 2009

ZeRo : Reason Untuk CERia ..


Assalamualaikum n salam ceria..

Alhamdulillah finally I can spend a little bit of my precious time to share with all of my fellow readers about my latest week..ehehe..

Seperti yang anda semua tahu , apabila saya CERiA maka penulisan entri terbaru akan terhasil untuk GaLaksiCeria ini.. n of course im so CERia rite now..


Reason One :

Sape yang tak hepi n ceria bile dah selesai untuk penyeliaan praktikal buat kali pertama kan.. n the way Cik Nani supervised us (Fikri n me) was perfectly suits us much especially when she positively shocked with our reports .. ehehe.. maybe her “words” before we started our practicum 1.5 months ago bout the practicum of the boys she had observed was really a “turning point” for us ..

And all of our cLients for 30th June 2009 was so good and so cooperative .. thanx to my individual client (KIZ0209/S3/PP) and my charmed group for Kaunseling Kelompok = cHomOT which was not cHomoT at aLL (there are Princess Of Technic but no malpractice k )..

Cume saye x puas untuk penyeliaan pertama ni disebabkan masa 8 a.m to 2 p.m yang di”spend” oleh our observer terasa amat singkat .. banyak lagi perkongsian yang mahu kami lakukan .. but then Cik Nani kene pegi observe my frenz kat Jalan Tasek lak .. a really strong woman herself , Cik Nani was there from 3 p.m till 7 p.m..

My boss (Tn Hj.Hakim) was great as usual .. teachers of technic was very warm like other days..my students = i Love them .. huhu ..

So till today with my KI = 17 jam , KK = 7 jam , BI = 28 jam , BK = 15 jam n 2 progs (all reports done..huhu) i can rest for lil’bit.. even i’ve been suggested to use my MC .. huhu ..my group of “Guru LeLaki Malaysia” = so cool ...

But then after a good day , i’ll always remind myself to make my next 10 weeks as the better weeks than the past .. there’s still a lot of works to do but im still a young men who still need to enjoy myself .. (see Reason 2) ..

- boys of kM2 with a man -


Reason Two :

1st July @ 9.15 p.m , i went to watch the much-awaited Transformer : Revenge of The Fallen.. yupp its make me “ceria” but for me its quite dissapointing me in the way this movie introducing the Transformers.. with focusing more on Prime , i sometimes lost the pLot (but the GSC itself had cut some scene .. shame on them..).. so the DVD is the must .. and for the 1st time im winning in the contest with someone bout “who see it first?” and absolutely im the clear winner this time coz there’ll never a ciNema in Kuala Terengganu..ehehe..

Back to the movie , its was a perfect combination of action , comedy , love , cars , and tragedy (yupp ..there’s one).. and Megan Fox was so good to make me hot in that cinema .. but my favourite human will always be the charimastic brilliant leader of Major Lennox (Josh Dushamel) .. so for those who still not watch this movie especially boys and gurls of 80’s just go and enjoy it.. i rate this movie at 3.9 /5 .. huhu ...

So to all Autobots out there , please get ready to roll on in Transformers 3 ..

Reason Three :

Tahniah kepada abang Nofa yang akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Ogos ni.. saya akan cuba untuk mengosongkan organizer saye dari sebarang pengendalian program and kem ..

Saya hepi bile melihat seorang demi seorang abang2 saye melangsungkan perkahwinan..(yang dah kawin tu jgn tambah2 lagi..huhu..)..just wait me arrive with GSN FamiLy..

Ok .. its raining heavily outside my house rite now .. so its was such a waste if a tired counsellor like doesnt exploit it to get some quality sleeping time that i miss so much..

Till then , take care and Allah bless all of us...

Saturday, June 13, 2009

ZeRo : KompiLasi TeRakhiR ..

Assalamualaikum dan saLam ceria..

Kemungkinan iNi adaLah nuKiLan teraKhir Zero sehingga AidiLfiTri menjelma kerna tanggungjawab yang besar menunggu menjelang 13 minggu yang serba mencabar di hadapan ku.. huhu.. justeru sepanjang 13 minggu ini adalah kurang mungkin untuk Zero berbLog juga untuk bermain-main ..

Namun cuti dua minggu banyak memberi sesuatu untuk Zero fikirkan.. banyak juga kenangan yang bermain2 di minda juga dalam tidur .. :p

A ) Jemaah “emas” di surau = Kenangan Zero …

Alhamdulillah cuti ini Zero berkesempatan berjemaah di surau terutama untuk Maghrib dan Isya’ .. seperti yang bermain di fikiran anda sememangnya golongan muda hanyalah sekadar minority di sana .. namun biarlah kekuatan untuk datang berjemaah itu datang dengan sendiri agar timbul keikhlasan dalam beribadat.. ( ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita .. nampakkah kita ?? .. ;) ) ..

Okies sebenarnya berjemaah bersama golongan pakcik-pakcik yang boleh dikategorikan dalam umur arwah Tok’i saya ini terlalu nostalgia untuk saya .. banyak kenangan bersama Tok’i terlintas dalam kenangan seorang cucu sulung ini .. banyak juga sesalan yang tidak dapat dielakkan.. sebelum memasuki asrama penuh tika usia 13 tahun , Tok’i lah yang banyak mengajar ilmu agama kepada Zero dan semuanya lebih kepada praktikal agar ilmu itu dijadikan amal ..

Namun selepas memasuki alam sekolah menengah seterusnya alam universiti , Zero kurang berjemaah bersama Tok’I kecuali solat Tarawih n Aidilfitri .. dan keindahan untuk berjemaah bersama Tok’I tidak mungkin terjadi lagi setelah pemergiaannya bertemu Penciptanya dua tahun yang lalu ..

Tok’i banyak bercerita mengenai kesusahan yang dilaluinya sebelum mencapai apa yang ada di hadapan Zero ketika itu … namun Zero yang masih belum mengenal erti kesusahan ketika itu tentu sekali tidak mengambil iktibar dari kisah Tok’I itu .. (sememangnya kesenangan yang dicapai tanpa usaha tidak akan memberi makna ..hurm..) .. kini segala kisah dan cerita Tok’I adalah pedoman untuk Zero menghadapi hidup yang kian mencabar ini ..

Semoga Tok’I tenang sementara menunggu detik hari memasuki Syurga nanti..
Al-Fatihah..

B ) Kenduri kahwin = hari bahagia penganTin ..

Musim cuti sekolah ngan kenduri kahwin sememangnya mustahil untuk dipisahkan ..

Tentu sekali kemeriahan majlis perkahwinan yang dihadiri menggamit hati Zero ini..
Walaupun masih dalam usia yang amat muda (huhu.. :p ) namun dirasakan hati ini mula berkata untuk memilikinya dengan ikatan yang sah mengikut Islam..


Apatah lagi tanggungjawab untuk memberi cicit pertama kepada nenek terletak pada kemampuan saya .. ahakz .. InsyaAllah .. J

Namun apapun Zero ucapkan tahniah dan bahagia ke anak cucu serta Selamat Pengantin Baru kepada semua pengantin baru terutama Syed , Zeta , Lin , Kak Naemah dan Kak ILa.. semoga tabah menghadapi alam rumah tangga ..


C ) ResuLt Exam ..

Alhamdulillah kegembiraan cuti berterusan dengan result exam yang amat pantas kuar untuk sem ini .. (tapi duit tetap lambat dapat ..huhu ..) …

Masih berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai tahap tertinggi dalam penganugerahan ijazah , maka tekanan juga sebenarnya bertambah ..(siLa Lihat isu D..) ..

Tahniah kepada semua rakan-rakan .. apa saja yang kita perolehi kita harus bersyukur agar terus dikurniakan kebaikan daripada Allah S.W.T.. insyaAllah ..

D ) Praktikum ..


Hurm .. isu ini adalah lebih baik untuk Zero lakukan daripada menulis di sini kerana “sangat sangat banyak” kerja yang perlu dilakukan …

Keputusan praktikum ini terlalu penting untuk Zero agar usaha sepanjang 7 sem yang lalu tidak sia-sia ..

InsyaAllah saya akan berusaha .. doakan saya..

E ) Cita-cita @ impian ..

Jalan memburu impian tidak akan terlalu mudah.. mengimbas apa yang dilalui oleh arwah Tok’i maka cabaran yang telah dihadapi oleh Zero hanyalah terlalu ringan jika dibandingkan dengan cabaran arwah serta abah Zero sendiri..

Cita-cita Zero ini sememangnya sama dengan 3 orang rakan Zero semenjak dari zaman UPM lagi (dua2 kawan saya ni suke pergi Bukit Ekspo) untuk meneruskan pengajian ke tahap tertinggi .. ini adalah satu motivasi untuk kami sama-sama bersaing dengan sihat seterusnya mencapai impian itu .. semoga berjaya sahabatku .. yezza ..

F ) Abah ..

- Selamat Hari Bapa buat Abah–


Zero setakat ni saja entry kali ni .. selepas ini adalah penting untuk Zero memberikan 120% komitmen dan usaha kepada praktikum di Sek.Men Teknik Ipoh ..

p/s : ada yang bertanya pasal sambungan Kisah LV .. sambungan dia bukan takde tp juz sekadar tgk2 barang je .. xkan nak belikan coz saye mude lagi = xyah la sambung la kan.. lagipun anda semua pun biasa kan wat mende tu = tgk2 barang .. ehehe .. nantikan je Zero : Aidilfitri 2009 untuk mengetahui semuanya ...

jage diri semue..

dan doakan Zero berjaya dalam praktikum dan mendapat 4.0 sem ni .. amin ..

Wassalam..

Monday, June 8, 2009

Zero : HoLiday – Episode 0.1 ; Kisah LV ..


Sekarang adalah musim cuti .. tapi kisah cuti sekarang adalah untuk mase akan datang .. so entry kali ni saye nak wat sequel je ..

ini kisah cuti penuh nostaLgia saye SATU TAHUN yang lalu saat masih dipunyai .....

Yezza .. cuti yang sangat sekejap itu namun kita tahu masa itu emas n sebab itu kita perlu gunakan masa yang singkat itu sebaiknya..

Musim cuti = musim perkahwinan (memang bahaye asyik makan kenduri je.. gagal plan cuti ni).. So ini 0.1 nye episode..

Pagi tu dalam kul 9.00 a.m ++ , Zero masih dalam lena di umah , henset buruknye itu berbunyi lalu diangkatnya dan kedengaran suara di kejauhan berbunyi ;

“Assalamualaikum , bangunnnnn mandi .. kul 12 nanti awk kne teman kte pegi R.V tau .. nanti kte datang umah ambik k..” ..
“Eh dah lama dah mandi ni, ehe .. okies nanti lunch kat umah kte je tau” ..
“Erm .. lunch kat luar leh kan .. nak cakap something je..k jumpe nanti”..
“Okies .. daa”..
Pastu Zero sambung tido balik..

Kul 1210 pm..dalam kete mama die ..
“Kite nak gi R.V mane ni ??... baju pun tak bawak langsung..”..
“Eh R.V??”..
“Ha’a .. kan pagi tadi tepon ajak kte gi R.V .. baik kte g honeymoon terus”..(ayat biase seorang Zero)..
“Eh bukan R.V la awk .. kte nak ajak awk teman kte gi butik LV”..

Dalam hati dan minda Zero ketika itu amat jiklempes .. ingat nak gi R.V (road vacation) tapi nak gi LV.. huhu .. itu satu perkara ..
Perkara lain = banyak nye duit dia ni nak gi tempat camtu .. ni belum kawin ni ..ishk biar betul ni..
N Lagi satu , sejak bile lak kat bandaraya Kuala Terengganu ni ade butik LV..
Zero tak nak tanye banyak2 sebab memang dah pasrah je mase tu.. ehehe ..

Tapi terlepas gak tanye ; “ Awk nak g LV watpe??.. kte takde duit tau”..
“Takpe awk.. bukan kte nak beli pun .. nak tengok2 je dulu..kte pilih same2 k”..

Hurm.. tengok2 je .. pilih2 je .. tapi senyuman dia menewaskan Zero..

Pusing punye pusing jalan KT yang dah tak tentu hala tu , finally she n me arrived at our (her actually) destination..

Yupp its LV Boutique.. tapi bukan brand LV tu so its make Zero feel better ..

N much better when LV actually stands for Love Vision .. its LV Bridal Showroom..

Ok Lets end episode 0.1 here ... ahakz ..


p/s : untuk full story of gRaduation sLe ke bLog Mizie Emon .. u’ll feel like u r there too.. vids pun banyak.. thats why Zero citer skit je..
SeLamaT BercuTi ..