.. GaLakSi MiNDa CeRiA : ZeRo's KingDom Of CoLour..

~ 天の道を往き、総てを司る!.. Ten no michi o iki, subete o tsukasadoru! .. "Walking the path of heaven, to rule everything!" (Tendou Zero , 1985) ~
..GaLakSi Suci Crystal..

Sunday, August 30, 2009

Tewasnya seorang LeLaki : Episode One..

Demam..seLsema..batuk.. siLih berganTi..
2 hari yang dilalui ketika sakit tanpa keluarga di sisi sungguh menderitakan..

Mana mungkin anak sulung ini melupakan saat demam dan dipeluk abah..
Kali terakhir demam anak sulung ini di rumah ialah pada tahun 2000 = 2 bulan sebelum PMR..

Masih segar di ingatan selepas pulang dari sekolah menjelang prep petang kepanasan badan ini tidak dapat ditanggungi lagi..(terima kasih kepada teman 4B2 yang membuatkan ku “smooth” = of course dengan kebenaran)..
Di rumah selama 3 malam abah menemani tidur Zero di biliknya..
Kedengaran sahaja bunyi anaknya kedinginan ,pantas abah memelukku..

Namun kini , Zero hanya mampu memanggil nama abah dalam kedinginan..arghhh..

p/s : punca demam ini disyaki dibawa virusnya oleh seorang kaunselor dari Sekolah Bainun..

Mujur cuti ini sehingga Isnin..insyaAllah Zero x mau MC.. Zero mahu menyiapkan segala report..

Kemudian ke UPSi untuk kembali mencintai dan dicintai sebelum mengakhiri percintaan zaman university..

so parents takde added task dah..

seKian , ubat batuk ini sudah memberi kesan..
wassaLam..