.. GaLakSi MiNDa CeRiA : ZeRo's KingDom Of CoLour..

~ 天の道を往き、総てを司る!.. Ten no michi o iki, subete o tsukasadoru! .. "Walking the path of heaven, to rule everything!" (Tendou Zero , 1985) ~
..GaLakSi Suci Crystal..

Wednesday, December 15, 2010

CaLon isTeRi piLihan ibuBapa + fuTsaL teRakhiR ; ZeRonaLdo7 is over!!!

Suasana hujan dingin saat menonton hiburan bersama keLuarga terjadi perbualan berikut :

Abah : Ni nak tanya satu soalan..

Zero : Yupp..pasal ape?..(dalam hati..atoii ade kantoi ke ape ni)..

Abah : Yo ngan *** ade ape2 lagi ke?..

Zero : Erm ..sekarang kawan mcm biase je..macam kawan2 UPSI lain semua..

Mama : Salah siapa jadi camni?..

Zero : Erm .. memang kawan kan selama ni.. (huhu..lain macam dh soalan ibu ni)..

Abah : Siapa F**win??..

Mama : Macam pernah dengar nama tu..

Zero : Owh .. F**win tu dari zaman UPM dulu2..mase die jadi anak buah kat matrix N9.. dia dah nak kawin dah pun 20hb ni..

(P/S : memang laa mama pernah dengar name tu coz mase Zero masih blaja di UPM , gambar dia la yang pertama Zero tunjuk tapi mama x bagi respon sebab nak sruh Zero tumpukan pada pelajaran..huhu..disebabkan Zero siyes blaja maka dalam perhubungan ku tidak siyes n anda semue tahu kan siapa saya DULU..)

(..pasti ini bukan gambarnya..MaLaysia pasti menang..)

Mama : So sekarang kawan ngan sape?..

Zero : Sekarang xde sape pun..relax duLu kat Borneo..

Mama : Betul ke ni??..

Zero : Benar..nak keje n wat ape yang patut dulu (ingat ye pembaca2 budiman sekalian :BERDOSA BESAR JIKA BOHONG LEBIH2 LAGI PADA IBUBAPA)

Kemudian perbualan beralih topik setelah Zero mengubah arah perbincangan..bukan apa takut nanti lebih banyak pengakuan yang keluar coz kena cakap benar kan..miahaha…

Di sini menimbulkan persoalan..adakah dengan ibubapa sudah tahu kekosongan di jiwa ini maka mereka akan mencari sendiri calon menantu pilihan mereka setelah gadis pertama yang Zero bawa pulang bertemu mereka pada tahun 2010 ini telah membuat pilihan lain yang pastinya terbaik untuknya..

Yang pasti jika mama n abah mahu mencari calon isteri untuk Zero maka mereka perlu meneliti gambar2 wanita2 yang berbudi bahasa dan penyayang yang pernah mencuri hati Zero supaya mereka memahami citarasa anakanda suLung mereka ini..

NAMUN ZERO BELUM BERSEDIA UNTUK DICINTAI LAGI KERNA SELAYAKNYA DIA TAHU BETAPA KU MENCINTAINYA.. (to be continue)…

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

futsaL teRakhiR..

maLam tadi bermula pukul 9pm adalah aksi terakhiR ZeronaLdo7 bersama2 star2 team GSNKT ..

ibarat kata penganalisis sukan Terengganu , player2 GSNKT mampu bermain untuk mana2 pasukan maka amat bertuah Zero untuk bersukaria dengan mereka..

apatah lagi menewaskan mereka…Zero amat gembira bermain malam ini..mungkin semangat untuk aksi futsal terakhir 2010..tanpa kaLah dan mendapat pujian dari idoLa2 futsal masa kini..indah kan perpisahan ini..

yang pasti ade sedikit sedih kerna akan meninggalkan gelanggang sebelum kembali Jun 2011 dengan satu kejutan yang mampu dijangka oleh star2 ini..moga latihan di Borneo akan membuahkan hasil..

Thanx 2 my superb invisible teammate 2nite : Jeffrooney , Leo Semie , Ju Sung , Anis , Chikaro , n new guy ; Farhan (score on debut)..

N thanx 2 star2 yang silap menjadi musuh Zero malam ni : idoLa Sekut 7 , Hikaru , Fahmi 22 , Arsenal Trio of Armunia , hamzimakh n van eezmo , naqiy , angel de hakim , future2 star diketuai didi n smue player..

serta kehadiran srikandi GSN : FganuGirLs dan ida viva..

Moga berfutsaL lagi di 2011..majuLah GSN di persada futsaL asean..

maLam ini sama2 menonton Malaysia di T Café dengan jersi Malaysia yang baru ..miahaha..

(..modeL menggayakan jersi rasmi GSN malam ni..maLaysia boLeh)

Forza GSN..

Forza Malaysia..

Mohon maaf dipohon pada semua..

ZeronaLdo mengundur diri.~ tabahkan hati mu..:(((..~

Thursday, October 28, 2010

~ TerTuLis CeriTa : ciNta 26 OkToBeR.. ♥ ~


Assalamualaikum…

Alhamdulillah hari ini Zero masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ini sekaligus membolehkan diri ini menerima ucapan dan doa sempena usia diri mencecah suku abad pada 26 Oktober 2010..


Kawan2 suka bergurau bahawa diri ini adalah Tragedi Oktober untuk mana2 gadis..benar atau tidak sudah pasti semua pembaca tahu bahawa jawapannya pasti TIDAK..ehehe.

.

Banyak yang dilalui sepanjang perjalanan menuju 25 tahun ini..


Ketawa , air mata , kecundang , menang , menyakitkan , menceriakan , tunduk & bangkit..itu hanya secebis rasa dari pelbagai kejadian yang berlaku menjelang ¼ abad usia ini..


Walaupun hadiah ulangtahun kelahiran ke-25 ini akan agak sedikit lambat diterima di tangan namun ia tidak akan menghalang Galaksi Ceria terus ceria..


~ insPiRa ; satu hadiah transformasi inspiraSi ~


Justeru Zero ingin berkongsi keceriaan kronoLogi 25 tahun kehidupan Mohd Azirul bin Ismail yang akan sama2 mengimbas peristiwa2 penting hidup ini sebagai peringatan kepada Zero berkenaan betapa pentingnya setiap kejadian yang berlaku ini pasti penuh hikmah di sebalik kejadiaannya..


Usia ; 1 hari – tanggal 26 Oktober 1985 bersamaan 12 Safar tepat jam 11.00 pagi di Hospital Besar Kuala Terengganu , lahirlah anak sulung pasangan bahagia Encik Ismail b. Abdullah dan Pn.Mahani bt.Omar yang comey n gebu ini..bayi lelaki yang bakal disayangi dan dimanjai mereka..


Usia ; 2 tahun – anak suLung yang manja itu seLaLu mengisi masa ibu bapa nya dengan penuh aktiviti..pulang dari kerja pasti abah tiada masa berehat kerna ingin melayan kerenah babyboy nya yang suke melihat kenderaan besar di atas jalan..


~ abah + mama + 5 gurLz from 7 notty adik2 ~


Usia ; 3 tahun – ku terima kehadiran adik pertama daripada 7 orang adik-adikku yang mewarnai kehidupan ini.. ku mula belajar erti tanggungjawab…


Usia ; 6 tahun – Zero memasuki tadika yang sungguh mudah dilalui hasil ketegasan didikan mama yang pentingkan iLmu..di sini Zero juga menemui cinta main2 pertamanya di alam persekolahan..gadis yang kini sudah menjadi seorang doctor gigi yang muslimah..


Usia ; 12 tahun – tanggungjawab sebagai anak sulung akan teruji apabila Mohd Azirul akan menduduki UPSR..saat ini hanya pelajaran jadi keutamaan kerna ia akan membuka jalan untuk langkah seterusnya..Alhamdulillah 5A menjadi hadiah untuk keluargaku dan “surprissseee” computer ACER menjadi hadiah untuk diri ini..


Usia ; 13 tahun – hasil keputusan UPSR , Zero memasuki Sekolah Menengah Sains Dungun pada tanggal 4 Februari 1998 (bday SMSD9802) ..di sekolah ini Zero mula belajar berdikari sebagai seorang anak lelaki.. senior2 menjadikan kehidupan di sekolah penuh cabaran namun menjadi permulaan pembentukan modal insan yang tabah dan berani menghadapi kehidupan…insyaAllah..


Usia ; 16 tahun – Zero berada dalam tingkatan 4..orang kata ini saat “honeymoon”..bagi diri ini ia juga permulaan zaman kejatuhan diri ini..(hidup umpama roda kan..)..sebagai salah seorang daripada 32 org pelajar 8A ia menjadi tiket utama kepada Zero untuk menjalani kehidupan berfoya2 seorang pelajar..apa tidaknya , elaun perbelanjaan ditambah , kuasa disalahguna , hiburan diutama , pelajaran diremehkan.. segala2 nya tampak bahagia dan mudah saat semangat inkuiri remaja menguasai diri..


Usia ; 18 tahun – tawaran maTRikuLasi ditoLak kerna ku tahu ku tidak pernah sesuai dengan jiwa saintifik..kemasukan ke sekolah sains dulu hanyalah satu prolog pemangkin kematangan diri..kini Kolej Tun Perak dan Fakulti Ekologi UniPutra Malaysia Serdang menjadi destinasi.. di menara gading ini juga ku mula menerokai kelebihan diri yang akan digunakan untuk mengeksploitasi hati2 yang suci..dari zaman kejatuhan kini zaman kebangkitan “New Zero”..cahaya kebaikan muLai pudar tanpa sedar..



Usia ; 21 tahun - inginkan perubahan dalam diri maka bidang perguruan jadi piLihan , Universiti Pendidikan Sultan Idris jadi destinasi iLmu..namun rupanya lebih mudah untuk bermain2 hasil ilmu yang dikuasai lalu diaplikasikan..kenakalan menjadi-jadi namun pelajaran sentiasa diutamakan agar masa depan tidak jadi pertaruhan..


Usia ; 25 tahun – hari ini genaplah suku abad Zero bernafas di bumi Allah ini.. ada hasrat yang telah tercapai untuk antara yang terbaik sekaligus menjadi kebanggaan ibu bapa..saat umur ini kerjaya tetap sudah digenggami.. namun perjalanan masih jauh.. Cuma yang anehnya kali ini sambutan 25tahun disambut keseorangan bukan kerana jauh cuma kerna tiada yang berkongsi hati..namun ini menuntut keredhaan..biarlah diri ini menjadi seperti lelaki2 berjaya lain yang melupakan soal hati demi membina masa depan (bahagia dirinya adalah bahagia untukku ; moga dia ketemu jodoh yang sempurna dan meLengkapi diRinya..amin).. TIDAK SEMPURNA DIRI INI SEKARANG UNTUK MENJADI PEMBIMBING apatah lagi hati ini sudah menjauhi rasa itu..



Sepertimana yang tertulis di dalam Al-Quran bahawa kehidupan manusia bermula pada usia 40 tahun maka jelaslah masih ada masa untuk Zero melengkapkan lagi diri ini.. tidak mahu lagi menunggu insan yang sudi untuk saling melengkapi kerna insan itu pernah ada..


“semoga tahun 2011 nanti , Mohd Azirul masih berpeluang menyambut usia 26 tahun pada 26 Oktober..mungkin saat itu akan berlaku perubahan dan kemajuan lain..insyaAllah..”


p/s : Z sentiasa mendoakan kebahagiaan kawan2..amin..:))

Saturday, October 9, 2010

~ TerTuLis CeriTa : interView SPP of Zero.. ♥ ~


Assalamualaikum..



Alhamdulilllah dengan tertulisnya kronologi interview SPP ini bermakna saya masih diberi peluang oleh Allah untuk berkongsi iLmu dan syukur juga kerana kita semua masih ada nikmat mata untuk membaca perkongsian ini…(sesungguhnya ibadat 500 tahun pun masih tidak mampu membalas nikmat sebelah mata kita ni..)..


ProLog Interview Mohd AziruL bin Ismail;


- Deringan henset pemberian mama ( hurm ..pertukaran sebenarnya sebagai pengubat rindu..) pada detik 545am mengejutkan Zero dari lena diiringi hujan lebat di Theater Inn..namun ringan selimut itu diangkat kerana ini yang dinantikan..


- berbaju lite bLue baru , berkot hitam baLdu , berseluar lengkap bersePatu , melangkah ke tempat tuju..



GaLaksi iLmu di GaLaksi Ceria ;


7.00 am - setibanya di PKG Sri Aman , kereta diparking , minuman pagi diteguk , mama di rumah dihubungi , perjalanan moga direstui.. :-)


7.15 am - memasuki biLik menunggu , disambut senyuman si awal , terlihat sahabat lama , menyusul gelak tawa , tenang dan reda , semua seolah bersedia...


7.30 am – kedatangan diisi , teruja melihat nama pengerusi , Dato Hajah Rahimah nama diberi , gentar tiba2 menguasai diri , kerna beliau atas di posisi , namun ku ada misi , panjatkan doa pada ILAHI..


10.20 am – no.5 giliran diri , dijemput masuk oleh pengerusi , duduk sopan tersimpul rapi , menyediakan diri untuk diuji.. :- D


KronoLogi bersama Org No.2 SPP ;


- social talk ; dato’ tanya dah sarapan , depan dato’ Hajah ade karipap lalu dijemput untuk menikmatinya , namun rezeki ditolak (rezeki jangan ditolak??) kerna ini bukan masanya..:-)


- mukadimah ; biodata pendidikan bermula SPM sehingga ISMP + kenapa mahu menjadi guru + kekuatan dan keLemahan sekoLah + apa yang boLeh disumbangkan kepada sekoLah ..


Perlu diingat semua soalan di atas ditanya sekaligus..satu kali sahaja..percayalah ini adalah untuk menguji kemahiran mendengar dan memfokus anda semua..okies TIPS nya jika puan pengerusi anda nanti adalah Dato’ Hajah maka berkongsilah kes2 menarik mengenai sekolah anda kerna ia akan menyebabkan Dato’ memfokuskan pada perkara tersebut seterusnya memudahkan anda berbicara mengenai kes yang anda kendalikan itu..:)


- soaLan2 faKta n pengetahuan untuk Zero ; NKRA , PiPP , apa yang PM buat di Brazil , isLamophobia , ground ZERO n Hari Bunga Raya…yihoooo…


TIPS nya ; ini bukan masa untuk “menggoreng” jawapan anda .. jawab je berdasarkan apa yang anda baca .. namun apa yang perLu anda baca perLu Lah sangat banyak .. 2-3 hari sebelum interview bacalah akhbar tontonlah berita..apa sahaja soalan fakta boleh keluar..jangan tanya sama ada “itu atau ini keluar ke dalam temuduga??” kerna semuanya akan keluar disebabkan calon2 yang ramai..

Namun jangan bimbang kerana seperti mana ceramah2 yang kawan2 semua sampaikan di sekoLah , persediaan awal itu penting (walaupun sebenarnya study last minute je yang best n masyukk)..


- soaLan2 kaunseling : diingatkan di depan pengerusi ada buku yang mengandungi bidang2 yang kita ambil.. justeru soalan pilihan dato’ untuk Zero adalah ;


a) kemahiran2 dalam kaunseling..


b) program proaktif dan program reaktif yang dijalankan..


c) bagaimana kaunseling membantu pendidikan..


soaLan2 fakTa kembaLi ; PRU , PRK , nama 2 wanita yang jadi menTeRi ..


soaLan peNutup ; biLa nak sambung beLajar??..



10.55 am ; semuanya berakhir dan kini bertawakal menunggu keputusan .. moga semuanya berjalan lancar..amin..


TIPS untuk PAKAIAN LELAKI : KOT @ BLAZER itu WAJIB PAKAI.. if ur interview on Thursday , dun even try 2 wear “Batik” ..:)



..insyaAllah tiada yang kompleks untuk interview SPP ini bagi mereka yang bersedia..


..berfikir sebelum menjawab ..kita ada masa dalam bilik itu…


.. setiap pengerusi @ penemuduga adalah berbeza karakter mereka .. namun jika anda akan ditemuduga oleh Dato’ Hajah Rahimah atau Tn Haji T maka tenanglah diri anda.. namun jika (sedikit peringatan berbentuk amaraN..huhu) penemuduga anda berbangsa India bergelar Mr.R maka bersediala dengan provokasi dan ketegasannya…anda mungkin tak mampu tersenyum..huhu.. ~



Alhamdulillah .. setakat ini je yang mampu dikongsikan ..bacaLah dan sebarkanlah pada rakan2 yang akan turut sama ditemuduga ..



N jika ada kekurangan yang dicari dalam perkongsian ni , saya tak kisah pun ..HeLL No..miahahaha…:p


GOOD LUCK..


Kejayaan anda semua kawan2 Trainers yang hebat dan baik dan positif tingkahlakunya sentiasa didoakan oleh saya insan yang penuh noda dosa ini..


WassaLam..