.. GaLakSi MiNDa CeRiA : ZeRo's KingDom Of CoLour..

~ 天の道を往き、総てを司る!.. Ten no michi o iki, subete o tsukasadoru! .. "Walking the path of heaven, to rule everything!" (Tendou Zero , 1985) ~
..GaLakSi Suci Crystal..

Sunday, December 30, 2012

~ ResoLusi 2013 ALessandro : Rahsia Pemilik Hati Teruna TerLerai ♥ ~

Assalamualaikum ;  salam sejahtera salam monsun salam hujan rahmat ...

Jarum di jam Oris Artix GT sudah menunjukkan pukul 2.45 pagi (30 Disember 2012) saat entri ini ditulis..

Entri terakhir untuk 2012 !! .. entri2 di dalam GalaksiCeria adalah bermotifkan ceria.. namun benarkah penulis kini sedang ceria atau hanya menunjukkan riak ceria demi keceriaan orang lain.. (nahh begitu banyak perkataan "ceria" bermakna entri ini sudah lulus untuk siaran..) ...

Hujan pun sudah semakin renyai namun kedinginan makin menyinggah sum-sum.. kugagahkan jua berkongsi kerna kertas2 kerja program 2013 hampir siap (yezza im doing my works at home sweet home.. Alhamdulillah) .. 


Entah apa yang dirimu sedang lakukan saat ini tapi tekaan hati nuraniku kuat mengatakan bahawa dirimu sedang mengubahkreatif gambar2 yang telah dirakamkan hasil kegigihan dirimu yang berbakat saat menunggu panggilan dunia pendidikan menjemputmu (pernahkah dirimu sejenak mengingat diriku ; pernahkah ingat walau seperti angin berlalu..).. 

Kagum pada kualiti kerajinan ini yang pastinya melengkapi kualiti-kualiti lain sepertimana sabda Rasulullah S.A.W yang menyarankan 4 ciri-ciri utama itu.. 

Diriku bukanlah seorang yang baik apatah lagi untuk digelar alim namun sepanjang perjalanan dalam menuju cita2 sehingga menjadi seorang murabbi ; kucuba menjadi lebih baik kerna aku bertanggungjawab di bumi Borneo bertuah itu untuk menyebarkan syiar Islam terutama dari segi ibadah , akidah , fekah dan syariah .. namun kadang2 tanpa bakal zaujah aku terhanyut jua.. Nauzubillah .. :(( 

Resolusi 2013 untuk Mohd Azirul bin Ismail amat mudah kali ini :

1) menjadi umat Islam yang lebih baik dan cemerlang
2) menggembirakan hati mama dan abah
3) menumpukan pada kerjaya
4) mengusahakan ShirtCo. apabila "partners" sudah bersedia 
5) terus mengumpul dana jika ditakdirkan ada jodoh
6) menjadi kapten yang mantap .. :p

okies itu je untuk kali ini.. moga anda semua juga ada impian kerana dari impian itulah sesuatu menjadi nyata.. insya Allah .. Wallahua'lam ..

::  ini takdirNya.. di Luh Mahfuz tertulis segalanya .. diriku terbang meninggalkan Terengganu saat dirimu pula menuju bumi Darul Iman.. indahnya oh indahnya .. ::

~ ♥ Cintailah seseorang itu secara diam-diam seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah dan Saidina Ali yang akhirnya Allah SWT pertemukan jua. Sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang BERJIHAD. BERJIHAD menentang kehendak diri. Menundukkan nafsu hati. ♥ ~