.. GaLakSi MiNDa CeRiA : ZeRo's KingDom Of CoLour..

~ 天の道を往き、総てを司る!.. Ten no michi o iki, subete o tsukasadoru! .. "Walking the path of heaven, to rule everything!" (Tendou Zero , 1985) ~
..GaLakSi Suci Crystal..

Saturday, March 28, 2009

Zero : biLa akan berakhir..

Mungkin kan terputus di tengah jalan..

Mungkin kan terlerai tanpa ikatan..

Usah ragu dengan takdir...


Mungkin kitakan berbeza haluan..

Berakhirnya cerita percintaan..

Segalanya ditentukan Tuhan....

- pertemuan kita tidak dirancang ,


pertemuan kita bukan kebetulan ,


pertemuan kita satu keindahan ,


pengakhiran sebuah pencarian .. (Prince A , 2009) -


Kenapa wujud entri seperti ini?? :


- sebab cinta menggembirakan saya .. saya sudah mengecapi kemenangan dan kejayaan lain pada detik lalu., justeru saat ini saya memilih untuk gembira dengan terus meraikan cinta ..


- saya tidak menghalang diri dari mencintai dan dicintai lalu mewujudkan persoalan bila ia akan berakhir.. :)


(persoalan kajian saya telah ditukar demi keselamatan n kejayaan diri sendiri .. ahakz .. thanx Dr .j )


Kenapa tidak menghalang ?? :


- hurmmm.. who can resist such women?? (yupp there are not girls 4 me).. Zero absolutely cant (ok fine .. me myseLf who want them :p ) .. and my mama will have a great headache when the time for her 1st baby to marry come ( all mothers n mother in-laws will)..


- but them is not 1000 , 540 , 80 or 4 .. it less than that (still guessing n counting ?? .. cmon u r better than that :D ).. its not easy when you have been blessing with such nice women who are beauties themselves ..


- tahniah kepada yang telah menemui cinta di dunia ini ..


cinta abadi ?? .. perLukah saya memberitahu kewajipan anda wahai khaLifah Allah S.W.T sekalian .. -


- gaLaksi Ceria gembira dapat berkongsi keceriaan cinta dengan anda semua .. raikan cinta kerana cinta itu indah -


p/s : kasut saye bukan warna biru mcm dlm pic kat atas tu .. tp kasut die yg bnyk2 tu ade je kaler pink .. ade kan .. kan .. tapi kami memang ske baju putih .. suci je .. :)

Tuesday, March 24, 2009

Zero : Memoir Kasih Tercipta Untukku ..

- hensem + kacak + jelita + sopan .. pic ini adalah pasca selepas bertungkus-lumus mengharungi 2 hari sukan penuh kekeluargaan (tahniah kepada KASiH).. emas perak gangsa hamper semue kami rasakan .. nyanyian penuh keasyikan ditujukan sebagai pemangkin penerus perjuangan .. namun mari kita ikuti apa yang dilalui oleh wajah-wajah ceria di atas sebelum memperolehi kejayaan di atas...


- 12 orang jejaka , 12 pembaling kelapa , ** jatuhan pin (terpaksa dirahsiakan kerana dalam kalangan 12 orang jejaka kacak dan bergaya ini ada senior saya..huhu)..yang penting adalah gaya dan keyakinan .. keputusan yang dijangka.. :p

- menang sebelum berjuang .. itulah semangat dan gaya team bola jaring Trainers F yang sememangnya tidak pernah kalah sebelum berjuang.. dengan gaya yang boleh mengalahkan pasukan boling kelapa di atas , menjadi naib johan adalah satu keputusan yang membanggakan .. tahniah kepada pemain-pemain yang sememangnya mempunyai bakat semula jadi .. tiada latihan tetapi kemenangan yang menjelma ..



- ni yang malas ni .. ade je cerita panas dan sensasi .. itulah dia Lovo Dan .. kecederaan tidak pernah menghalangnya menunjukkan gaya posing yang mantap .. bersama pasangan regunya Lee Chong Wak , mereka berjaya menewaskan pasangan regu mantap semester 1 dalam perlawanan mendebarkan.. namun kecederaan yang dialami Lovo Dan mengakhiri perjuangan mereka apabila tewas kepada pasangan no.2 UPSi , Qamar + Emon .. abg Wak .. maafkan saya ..





- skuad isi air dalam botoL wanita termantap di Tanjung Malim bergambar bersama coach + manager + pemegang botoL .. gabungan mantap ini memberikan kejuaraan isi air dalam botol yang julung kali diadakan di Malaysia .. sungguh membanggakan .. :)



- hurm .. apakah "figure" dan "ground" pic ini??.. bermotifkah ??.. pic ini sebenarnya menunjukkan ukhwah yang terjalin tanpa mengira masa dan tempat .. kekaguman melihat "muscle" rakan juga boleh membina hubungan walaupun si gadis cuba "leave the person n topic" sekaligus .. awas kemesraan menimbulkan cemburu ..




- berbeza dengan pasukan boling keLapa di atas , pasukan di atas ini adalah pasukan tarik tali Trainers MaskuLin yang dipilih berdasarkan kekuatan fizikal , ketahanan minda dan fotogenik.. kegerunan terhadap pasukan semester 7 ini menyebabkan pelbagai taktik digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan pasukan penuh maskulin ini namun semuanya gagal.. tahniah kerana anda semua lelaki yang berani menerima cabaran .. :)


Trivia KASiH 2009 :

- Dr Jazimin , En. Taqiuddin dan Dr. Fauziah adalah 3 orang pakar sukaneka yang telah turun khas bagi memeriahkan acara pada pagi Ahad tersebut .. disebabkan mereka mewakili team sukaneka semester lain maka skuad sukaneka Trainers bersepakat bahawa kemenangan para pensyarah lebih utama .. :)


- penguasaan Trainers dalam badminton tidak dapat dinafikan walaupun pasangan regu Dr.J dan En.TaQ cube memecahkan dominasi Trainers dengan turut bertanding.. walaupun Lovo Dan cedera namun ahli-ahli skuad yang lain seperti Meor , Alina , Wani , Pijo , Q , Emon , Piji dan Wak telah memberikan 3 emas , 1 perak dan 2 gangsa kepada Trainers..


- Trainers gagal menguasai sukaneka akibat kegagalan pasukan impian iaitu skuad Gelang Berantai Lelaki memulakan acara sukaneka dengan bergaya walaupun dianggotai atlet gelang beranTai Kebangsaan.. kegagalan ini diletakkan sepenuhnya kepada atlet paling sombong sepanjang kejohanan ini iaitu Prince A ..


- pasukan bola jaring hanya dibentuk pada jam 11 pagi hari Jumaat 20 Mac 2009 selepas kelas etika .. namun hasilnya adalah pingat perak .. walaupun sibuk dengan tugas sebagai pelajar , ibu , isteri , tunang dan kekasih namun mereka membuktikan status bukan penghalang..


p/s : entry pasal futsal dan entry pasal show adalah entry yang akan muncul pada masa yang terdekat .. so hayati dulu semangat kesukanan atlet-atlet di atas dan bersedialah menerima entri terbaru yang penuh kejutan tidak lama lagi..


Thursday, March 12, 2009

Zero : 12 in 1 ..


assalamualaikum ..
lame sungguh tidak menulis entry.. namun hari ni semuanya akan dikongsikan..

12 in 1?? .. ape mende tu kan .. instant drink pun xde nye camtu..

hurm sebenarnya 1 itu adalah satu percutian di kampung di Pulau Rusa bermula 8-10 hb mac..
sungguh singkat namun disitulah wujudnya 12 tersebut...

12 in 1 .. 12 kelegaan dalam satu percutian ..

Kelegaan 1 : pukul 5 pagi 8 mac kerna dapat melihat dan bersalam dengan abah dan ma yang sudah 3 purnama tidak ketemu..

Kelegaan 2 : pukul 6 pagi kerna dapat menghempaskan diri di atas tilam dan tido di bilik yang amat dirindui ... bilik yang bakal jadi bilik pengantin .. oopss ..

Kelegaan 3 : Kul 11 pagi 8 mac (xde la lega sangat kalo tdo kejap je di kamar saye tu) bangun lalu menuju Sek.Men. Sains Sultan Mahmud .. berjumpa Tn.Hj Suhaimi n then ke bilik B&K n seterusnya berjumpa dengan guru-guru lain di bilik guru untuk bermesra sekejap .. huhu .. (isk2 asyik g SESMA je sampai almamater sndiri terabai .. tp insyaAllah satu hari nanti konsortium 9802 pasti kembali ke Dungun..)..

Kelegaan 4 : Pukul 2-4 ptg 8mac, memberi ceramah motivasi kepada form 4 SeSMA yang tidak "honeymoon"(terperangkap tul kerna berceramah tanpa bahan2 n prep , mujo ade pendrive setia..huhu..).. n sambil berceramah sambil mengedarkan soal selidik tesis .. n Alhamdulillah sampel2 kajian telah selamat mengisi soal selidik dengan jayanya .. :)

Kelegaan 5 : Pukul 5 petang 8mac, ke pantai batu Burok bercanda bersama2 rakan2 yang baru balik kerja yang sudah lama tidak mendengar khabar mereka... seronok makan seafood bercelup tepung free sambil dibuai angin pantai..

Kelegaan 6 : pukul 830 8mac ke dewan badminton durian Burung , sebagai menjalani latihan asas All-UPSI bersama member sekampung yang sekrg mcm berat je ..(huhu .. sebab ambe yang dh ringan sebenarnye .. damn perasan..)..

Kelegaan 7 : cuti mauLidur Rasul pada 9 mac ... Al-fatihah dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Kelegaan 8 : abah cuti , adik2 semue cuti (kecuali nadia n ika yang akan balik next week).. so breakfast sama2... n then abg suLung tLg mama kat dapur masak nasi minyak special untuk Lunch .. best2...

Kelegaan 9 : petang smpai malam 9mac ke rumah nenek , nenek sihat walaupun kurang selera makan ... nenek gembira ... ciuman nenek , restu nenek ... menggembirakan Zero ... hasrat nenek untuk melihat hari bahagiaku insyaAllah akan tercapai kerna nenek akan sentiasa didoakan panjang umur dan murah rezeki .. ( nenek nak sponsor .. yezza ...)...

Kelegaan 10 : bersalaman dengan dengan mama dan adik2 ...restu mama amat penting .. sebab kerinduan mama la yang membawa anakanda sulung ini pulang ... insyaAllah janji itu akan sentiasa diingati dan ditepati..

Kelegaan 11 : Pukul 8 malam 10 mac ... kelegaan abah kelegaan Zero ... tepat 8.30 malam Borcos Taqwa berjaya diturunkan ke laut dari shipway .. tekanan air berjaya diatasi kerana menurut abah "cork" Borcos Taqwa sangat besar.. abah hepi untuk meninggalkan shipyard dan urusan lanjutan kepada budak2nya.. u r da best abah ..

Kelegaan 12 : (sebenarnya ini adalah imbasan kembaLi detik-detik cuTi terdahuLu sebelum cuti 12 kelegaan di atas namun masih indah untuk dikongsi) .. bas suPer Nini .. seat Zero no.10 n bukan singLe seat tp double seat .. no.11 masih kosong tika Zero letak beg .. bersama abah ke 7-11 jap cari air n ble balik lepak jap kat bas .. abah berbual mesra dengan pasangan suami isteri dan rupa2nya anaknya juga mahu pulang ke upSi .. anak mereka sudah naik bas lalu Zero juga bersalam dengan abah lalu menuju seat 10.. tiba di seat 10 , kelihatan seat 11 sudah berpenghuni .. penghuni seat 11 sedang melambai2 pada pasangan suami isteri td.. rupa2nya dia adalah anak gadis pasangan tersebut .. kemudian bermulalah satu kisah yang menggembirakan.. Alhamdulillah..berkat tiket yang dibeli oleh abah Zero dan ayah Myra maka kisah kami bermula ... :)

itu lah dia 12 kelegaan.. sungguh bermakna cuti singkat ni.. keputusan balik kampung yang amat tepat .. semua hajat dan impian serta tugas yang perlu dilaksanakan sempena balik kampung tempoh hari sudah dicapai .. Zero sungguh gembira ..

perjalanan baru yang amat positif telah bermula ...

semoga hidup pembaca2 semua ceria dan dirahmati Allah S.W.T ..

galaksi ceria terus mengorbit keceriaan...

Saturday, March 7, 2009

ZERO + CUTi ..

Alhamdulillah akhirnya pada 9 malam ini Zero akhirnya akan dapat berangkat pulang ke kampung bertemu ma , abah , adik2 , nenek , n kawan2 ..

Walaupun amat singkat masa yang bakal diberi ini , insyaAllah akan dipergunakan sebaik mungkin sebagai permulaan sebuah perjalanan hidup saya yang baru .. (yupp sekali lagi permulaan yang harus dimulakan kerana Allah tidak akan mengubah nasib makhlukNya selagi kita sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya .. n all of u know it better than me..) ..

Zero suka membuat keputusan .. namun biarlah keputusan kali ini milik pengetahuan Zero seorang diri.. biar masa menentukan adakah orang lain akan turut mengetahui berkenaan keputusan ini.. namun jika takdir menentukan Zero akan pergi dulu pastinya keputusan itu yang terbaik pernah dilakukan .. :)

insyaAllah 3 hari 2 malam di PuLau Rusa nanti mesti dipenuhi keindahan dan keseronokan .. biar kesugulan yang dibawa tekanan kesedihan pergi , agar cinta kebahagiaan menggantinya.. :)

Balik bercuti dengan kajian seberat 2kg ini pastinya tidak akan sesekali menghalang kegembiraan Zero ... :)

Sabar menanti detik terindah itu .. sabar menjalani kehidupan penuh warna ini .. sabar dan terus sabar ... :)

hehe ... melompat-lompat kegirangan hati ini saat entri ini menghampiri ke penghujung kerna ku tahu ku akan bertolak sebentar lagi menuju Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Kuala Terengganu..

namun sebelum salam perpisahan percutian dihuLurkan , Zero mahu semua tahu bahawa Zero amat menanti detik 22hb Mac 2009 .. :)

Assalamualaikum .. ketemu lagi dengan sinar keceriaan di Minda Ceria ..

p/s : nantikan bLog akademik terbaru dari Mr.A n his WonderTeam.. expect da unexpected..