.. GaLakSi MiNDa CeRiA : ZeRo's KingDom Of CoLour..

~ 天の道を往き、総てを司る!.. Ten no michi o iki, subete o tsukasadoru! .. "Walking the path of heaven, to rule everything!" (Tendou Zero , 1985) ~
..GaLakSi Suci Crystal..

Tuesday, June 22, 2010

~ TerTuLis CeriTa : SesekaLi diuJi.. ~


Assalamualaikum..


Entah apa khabar mereka di sana moga baik2 sahaja hendaknya..

Betapa pentingnya persahabatan yang pernah tercetus satu ketika dulu..

InsyaAllah satu hari nanti Zero akan kembali untuk melihat kebahagiaan mereka dengan orang2 yang menggembirakan mereka..

Sungguh CERIA rasanya..



Percayalah bahawa MEMENTINGKAN DIRI adalah satu perkara yang menggembirakan..

Bila hanya melihat diri ini yang utama maka segala berkenaan insan lain akan diabaikan dan saat itu amat indah dalam diri ini yang pernah hanyut dengan WAGS dulu..

Yang buruk jadikan sempadan , sempadan yang usah dilintasi lagi”.



Namun ketahuilah MENGORBANKAN KEPENTINGAN DIRI adalah kegembiraan yang lebih bererti walaupun ia kadang-kadang kita kurang mengerti akan kegembiraan yang bakal diperoleh..




~ Melihat segulung 1st Class yang kini hanya tergantung rapi dalam frame di study room adalah memedihkan.. ~ (my priceless effort)


~ Menyelami surat offer pengajian UPM adalah menggentarkan hati… ~ (sorry myself coz I need to ignore it for a good reason maybe)


~ Menyelusuri ruang-ruang kosong tawaran PTD yang belum diisi pena adalah menghiris hati… ~ (MINIMUMnye 2-3 tahun akan dibLackList from next PAC for declining this call)


~ Membaca panggilan SPA M41 adalah melukai jiwa.. ~ (not so easy to juz think bout it again n again)



Namun itulah perkara-perkara yang harus dibiarkan sahaja ditinggalkan dalam bilik itu..

Harus ditinggalkan demi menyahut amanah di seberang laut..


Ada tanggungjawab yang perlu dipenuhi..

Ada insan yang perlu dijaga..


Maafkan diri ini kerana kedekut untuk berkongsi perasaan ini namun Zero percaya tidak akan ada seorang pun yang memahami diriku ketika ini..


Mana mungkin akan ada jika insan yang diharapkan mampu berkongsi perasaan ini tidak mempunyai masa untuk mengetahui apa getar hati diri ini…



Walaupun masa masih ada untuk mengisi dan menyahut tawaran2 yang bakal ditinggalkan itu tapi jawapan untuk tawaran amanah dan tanggungjawab sudah dibalas..

Maka setakat ini dulu impian anak muda ini..

Ditangguhkan dengan kerelaan..



Cuma yang jelas dan pasti adalah kegembiraan yang dirasai oleh insan2 tercinta mampu menghilangkan segala kemusykilan hati ini… (hope so..) ..


P/S : tahniah atas kegembiraan dan kebahagiaan mereka yang merasainya dalam detik2 indah kehidupan mereka saat ini..


Saya dan gaLaksi ini tumpang CERIA..