.. GaLakSi MiNDa CeRiA : ZeRo's KingDom Of CoLour..

~ 天の道を往き、総てを司る!.. Ten no michi o iki, subete o tsukasadoru! .. "Walking the path of heaven, to rule everything!" (Tendou Zero , 1985) ~
..GaLakSi Suci Crystal..

Saturday, June 13, 2009

ZeRo : KompiLasi TeRakhiR ..

Assalamualaikum dan saLam ceria..

Kemungkinan iNi adaLah nuKiLan teraKhir Zero sehingga AidiLfiTri menjelma kerna tanggungjawab yang besar menunggu menjelang 13 minggu yang serba mencabar di hadapan ku.. huhu.. justeru sepanjang 13 minggu ini adalah kurang mungkin untuk Zero berbLog juga untuk bermain-main ..

Namun cuti dua minggu banyak memberi sesuatu untuk Zero fikirkan.. banyak juga kenangan yang bermain2 di minda juga dalam tidur .. :p

A ) Jemaah “emas” di surau = Kenangan Zero …

Alhamdulillah cuti ini Zero berkesempatan berjemaah di surau terutama untuk Maghrib dan Isya’ .. seperti yang bermain di fikiran anda sememangnya golongan muda hanyalah sekadar minority di sana .. namun biarlah kekuatan untuk datang berjemaah itu datang dengan sendiri agar timbul keikhlasan dalam beribadat.. ( ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita .. nampakkah kita ?? .. ;) ) ..

Okies sebenarnya berjemaah bersama golongan pakcik-pakcik yang boleh dikategorikan dalam umur arwah Tok’i saya ini terlalu nostalgia untuk saya .. banyak kenangan bersama Tok’i terlintas dalam kenangan seorang cucu sulung ini .. banyak juga sesalan yang tidak dapat dielakkan.. sebelum memasuki asrama penuh tika usia 13 tahun , Tok’i lah yang banyak mengajar ilmu agama kepada Zero dan semuanya lebih kepada praktikal agar ilmu itu dijadikan amal ..

Namun selepas memasuki alam sekolah menengah seterusnya alam universiti , Zero kurang berjemaah bersama Tok’I kecuali solat Tarawih n Aidilfitri .. dan keindahan untuk berjemaah bersama Tok’I tidak mungkin terjadi lagi setelah pemergiaannya bertemu Penciptanya dua tahun yang lalu ..

Tok’i banyak bercerita mengenai kesusahan yang dilaluinya sebelum mencapai apa yang ada di hadapan Zero ketika itu … namun Zero yang masih belum mengenal erti kesusahan ketika itu tentu sekali tidak mengambil iktibar dari kisah Tok’I itu .. (sememangnya kesenangan yang dicapai tanpa usaha tidak akan memberi makna ..hurm..) .. kini segala kisah dan cerita Tok’I adalah pedoman untuk Zero menghadapi hidup yang kian mencabar ini ..

Semoga Tok’I tenang sementara menunggu detik hari memasuki Syurga nanti..
Al-Fatihah..

B ) Kenduri kahwin = hari bahagia penganTin ..

Musim cuti sekolah ngan kenduri kahwin sememangnya mustahil untuk dipisahkan ..

Tentu sekali kemeriahan majlis perkahwinan yang dihadiri menggamit hati Zero ini..
Walaupun masih dalam usia yang amat muda (huhu.. :p ) namun dirasakan hati ini mula berkata untuk memilikinya dengan ikatan yang sah mengikut Islam..


Apatah lagi tanggungjawab untuk memberi cicit pertama kepada nenek terletak pada kemampuan saya .. ahakz .. InsyaAllah .. J

Namun apapun Zero ucapkan tahniah dan bahagia ke anak cucu serta Selamat Pengantin Baru kepada semua pengantin baru terutama Syed , Zeta , Lin , Kak Naemah dan Kak ILa.. semoga tabah menghadapi alam rumah tangga ..


C ) ResuLt Exam ..

Alhamdulillah kegembiraan cuti berterusan dengan result exam yang amat pantas kuar untuk sem ini .. (tapi duit tetap lambat dapat ..huhu ..) …

Masih berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai tahap tertinggi dalam penganugerahan ijazah , maka tekanan juga sebenarnya bertambah ..(siLa Lihat isu D..) ..

Tahniah kepada semua rakan-rakan .. apa saja yang kita perolehi kita harus bersyukur agar terus dikurniakan kebaikan daripada Allah S.W.T.. insyaAllah ..

D ) Praktikum ..


Hurm .. isu ini adalah lebih baik untuk Zero lakukan daripada menulis di sini kerana “sangat sangat banyak” kerja yang perlu dilakukan …

Keputusan praktikum ini terlalu penting untuk Zero agar usaha sepanjang 7 sem yang lalu tidak sia-sia ..

InsyaAllah saya akan berusaha .. doakan saya..

E ) Cita-cita @ impian ..

Jalan memburu impian tidak akan terlalu mudah.. mengimbas apa yang dilalui oleh arwah Tok’i maka cabaran yang telah dihadapi oleh Zero hanyalah terlalu ringan jika dibandingkan dengan cabaran arwah serta abah Zero sendiri..

Cita-cita Zero ini sememangnya sama dengan 3 orang rakan Zero semenjak dari zaman UPM lagi (dua2 kawan saya ni suke pergi Bukit Ekspo) untuk meneruskan pengajian ke tahap tertinggi .. ini adalah satu motivasi untuk kami sama-sama bersaing dengan sihat seterusnya mencapai impian itu .. semoga berjaya sahabatku .. yezza ..

F ) Abah ..

- Selamat Hari Bapa buat Abah–


Zero setakat ni saja entry kali ni .. selepas ini adalah penting untuk Zero memberikan 120% komitmen dan usaha kepada praktikum di Sek.Men Teknik Ipoh ..

p/s : ada yang bertanya pasal sambungan Kisah LV .. sambungan dia bukan takde tp juz sekadar tgk2 barang je .. xkan nak belikan coz saye mude lagi = xyah la sambung la kan.. lagipun anda semua pun biasa kan wat mende tu = tgk2 barang .. ehehe .. nantikan je Zero : Aidilfitri 2009 untuk mengetahui semuanya ...

jage diri semue..

dan doakan Zero berjaya dalam praktikum dan mendapat 4.0 sem ni .. amin ..

Wassalam..

No comments: