.. GaLakSi MiNDa CeRiA : ZeRo's KingDom Of CoLour..

~ 天の道を往き、総てを司る!.. Ten no michi o iki, subete o tsukasadoru! .. "Walking the path of heaven, to rule everything!" (Tendou Zero , 1985) ~
..GaLakSi Suci Crystal..

Thursday, October 28, 2010

~ TerTuLis CeriTa : ciNta 26 OkToBeR.. ♥ ~


Assalamualaikum…

Alhamdulillah hari ini Zero masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ini sekaligus membolehkan diri ini menerima ucapan dan doa sempena usia diri mencecah suku abad pada 26 Oktober 2010..


Kawan2 suka bergurau bahawa diri ini adalah Tragedi Oktober untuk mana2 gadis..benar atau tidak sudah pasti semua pembaca tahu bahawa jawapannya pasti TIDAK..ehehe.

.

Banyak yang dilalui sepanjang perjalanan menuju 25 tahun ini..


Ketawa , air mata , kecundang , menang , menyakitkan , menceriakan , tunduk & bangkit..itu hanya secebis rasa dari pelbagai kejadian yang berlaku menjelang ¼ abad usia ini..


Walaupun hadiah ulangtahun kelahiran ke-25 ini akan agak sedikit lambat diterima di tangan namun ia tidak akan menghalang Galaksi Ceria terus ceria..


~ insPiRa ; satu hadiah transformasi inspiraSi ~


Justeru Zero ingin berkongsi keceriaan kronoLogi 25 tahun kehidupan Mohd Azirul bin Ismail yang akan sama2 mengimbas peristiwa2 penting hidup ini sebagai peringatan kepada Zero berkenaan betapa pentingnya setiap kejadian yang berlaku ini pasti penuh hikmah di sebalik kejadiaannya..


Usia ; 1 hari – tanggal 26 Oktober 1985 bersamaan 12 Safar tepat jam 11.00 pagi di Hospital Besar Kuala Terengganu , lahirlah anak sulung pasangan bahagia Encik Ismail b. Abdullah dan Pn.Mahani bt.Omar yang comey n gebu ini..bayi lelaki yang bakal disayangi dan dimanjai mereka..


Usia ; 2 tahun – anak suLung yang manja itu seLaLu mengisi masa ibu bapa nya dengan penuh aktiviti..pulang dari kerja pasti abah tiada masa berehat kerna ingin melayan kerenah babyboy nya yang suke melihat kenderaan besar di atas jalan..


~ abah + mama + 5 gurLz from 7 notty adik2 ~


Usia ; 3 tahun – ku terima kehadiran adik pertama daripada 7 orang adik-adikku yang mewarnai kehidupan ini.. ku mula belajar erti tanggungjawab…


Usia ; 6 tahun – Zero memasuki tadika yang sungguh mudah dilalui hasil ketegasan didikan mama yang pentingkan iLmu..di sini Zero juga menemui cinta main2 pertamanya di alam persekolahan..gadis yang kini sudah menjadi seorang doctor gigi yang muslimah..


Usia ; 12 tahun – tanggungjawab sebagai anak sulung akan teruji apabila Mohd Azirul akan menduduki UPSR..saat ini hanya pelajaran jadi keutamaan kerna ia akan membuka jalan untuk langkah seterusnya..Alhamdulillah 5A menjadi hadiah untuk keluargaku dan “surprissseee” computer ACER menjadi hadiah untuk diri ini..


Usia ; 13 tahun – hasil keputusan UPSR , Zero memasuki Sekolah Menengah Sains Dungun pada tanggal 4 Februari 1998 (bday SMSD9802) ..di sekolah ini Zero mula belajar berdikari sebagai seorang anak lelaki.. senior2 menjadikan kehidupan di sekolah penuh cabaran namun menjadi permulaan pembentukan modal insan yang tabah dan berani menghadapi kehidupan…insyaAllah..


Usia ; 16 tahun – Zero berada dalam tingkatan 4..orang kata ini saat “honeymoon”..bagi diri ini ia juga permulaan zaman kejatuhan diri ini..(hidup umpama roda kan..)..sebagai salah seorang daripada 32 org pelajar 8A ia menjadi tiket utama kepada Zero untuk menjalani kehidupan berfoya2 seorang pelajar..apa tidaknya , elaun perbelanjaan ditambah , kuasa disalahguna , hiburan diutama , pelajaran diremehkan.. segala2 nya tampak bahagia dan mudah saat semangat inkuiri remaja menguasai diri..


Usia ; 18 tahun – tawaran maTRikuLasi ditoLak kerna ku tahu ku tidak pernah sesuai dengan jiwa saintifik..kemasukan ke sekolah sains dulu hanyalah satu prolog pemangkin kematangan diri..kini Kolej Tun Perak dan Fakulti Ekologi UniPutra Malaysia Serdang menjadi destinasi.. di menara gading ini juga ku mula menerokai kelebihan diri yang akan digunakan untuk mengeksploitasi hati2 yang suci..dari zaman kejatuhan kini zaman kebangkitan “New Zero”..cahaya kebaikan muLai pudar tanpa sedar..



Usia ; 21 tahun - inginkan perubahan dalam diri maka bidang perguruan jadi piLihan , Universiti Pendidikan Sultan Idris jadi destinasi iLmu..namun rupanya lebih mudah untuk bermain2 hasil ilmu yang dikuasai lalu diaplikasikan..kenakalan menjadi-jadi namun pelajaran sentiasa diutamakan agar masa depan tidak jadi pertaruhan..


Usia ; 25 tahun – hari ini genaplah suku abad Zero bernafas di bumi Allah ini.. ada hasrat yang telah tercapai untuk antara yang terbaik sekaligus menjadi kebanggaan ibu bapa..saat umur ini kerjaya tetap sudah digenggami.. namun perjalanan masih jauh.. Cuma yang anehnya kali ini sambutan 25tahun disambut keseorangan bukan kerana jauh cuma kerna tiada yang berkongsi hati..namun ini menuntut keredhaan..biarlah diri ini menjadi seperti lelaki2 berjaya lain yang melupakan soal hati demi membina masa depan (bahagia dirinya adalah bahagia untukku ; moga dia ketemu jodoh yang sempurna dan meLengkapi diRinya..amin).. TIDAK SEMPURNA DIRI INI SEKARANG UNTUK MENJADI PEMBIMBING apatah lagi hati ini sudah menjauhi rasa itu..



Sepertimana yang tertulis di dalam Al-Quran bahawa kehidupan manusia bermula pada usia 40 tahun maka jelaslah masih ada masa untuk Zero melengkapkan lagi diri ini.. tidak mahu lagi menunggu insan yang sudi untuk saling melengkapi kerna insan itu pernah ada..


“semoga tahun 2011 nanti , Mohd Azirul masih berpeluang menyambut usia 26 tahun pada 26 Oktober..mungkin saat itu akan berlaku perubahan dan kemajuan lain..insyaAllah..”


p/s : Z sentiasa mendoakan kebahagiaan kawan2..amin..:))

1 comment:

che'que hazifah said...

cerita yg ringkas.. tp ada bait2 kata yg mnyentuh ati...
InsyaAllah.. segalanya akn bjalan dgn lancar. hadapi dgn snyum~...