.. GaLakSi MiNDa CeRiA : ZeRo's KingDom Of CoLour..

~ 天の道を往き、総てを司る!.. Ten no michi o iki, subete o tsukasadoru! .. "Walking the path of heaven, to rule everything!" (Tendou Zero , 1985) ~
..GaLakSi Suci Crystal..

Thursday, March 12, 2009

Zero : 12 in 1 ..


assalamualaikum ..
lame sungguh tidak menulis entry.. namun hari ni semuanya akan dikongsikan..

12 in 1?? .. ape mende tu kan .. instant drink pun xde nye camtu..

hurm sebenarnya 1 itu adalah satu percutian di kampung di Pulau Rusa bermula 8-10 hb mac..
sungguh singkat namun disitulah wujudnya 12 tersebut...

12 in 1 .. 12 kelegaan dalam satu percutian ..

Kelegaan 1 : pukul 5 pagi 8 mac kerna dapat melihat dan bersalam dengan abah dan ma yang sudah 3 purnama tidak ketemu..

Kelegaan 2 : pukul 6 pagi kerna dapat menghempaskan diri di atas tilam dan tido di bilik yang amat dirindui ... bilik yang bakal jadi bilik pengantin .. oopss ..

Kelegaan 3 : Kul 11 pagi 8 mac (xde la lega sangat kalo tdo kejap je di kamar saye tu) bangun lalu menuju Sek.Men. Sains Sultan Mahmud .. berjumpa Tn.Hj Suhaimi n then ke bilik B&K n seterusnya berjumpa dengan guru-guru lain di bilik guru untuk bermesra sekejap .. huhu .. (isk2 asyik g SESMA je sampai almamater sndiri terabai .. tp insyaAllah satu hari nanti konsortium 9802 pasti kembali ke Dungun..)..

Kelegaan 4 : Pukul 2-4 ptg 8mac, memberi ceramah motivasi kepada form 4 SeSMA yang tidak "honeymoon"(terperangkap tul kerna berceramah tanpa bahan2 n prep , mujo ade pendrive setia..huhu..).. n sambil berceramah sambil mengedarkan soal selidik tesis .. n Alhamdulillah sampel2 kajian telah selamat mengisi soal selidik dengan jayanya .. :)

Kelegaan 5 : Pukul 5 petang 8mac, ke pantai batu Burok bercanda bersama2 rakan2 yang baru balik kerja yang sudah lama tidak mendengar khabar mereka... seronok makan seafood bercelup tepung free sambil dibuai angin pantai..

Kelegaan 6 : pukul 830 8mac ke dewan badminton durian Burung , sebagai menjalani latihan asas All-UPSI bersama member sekampung yang sekrg mcm berat je ..(huhu .. sebab ambe yang dh ringan sebenarnye .. damn perasan..)..

Kelegaan 7 : cuti mauLidur Rasul pada 9 mac ... Al-fatihah dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Kelegaan 8 : abah cuti , adik2 semue cuti (kecuali nadia n ika yang akan balik next week).. so breakfast sama2... n then abg suLung tLg mama kat dapur masak nasi minyak special untuk Lunch .. best2...

Kelegaan 9 : petang smpai malam 9mac ke rumah nenek , nenek sihat walaupun kurang selera makan ... nenek gembira ... ciuman nenek , restu nenek ... menggembirakan Zero ... hasrat nenek untuk melihat hari bahagiaku insyaAllah akan tercapai kerna nenek akan sentiasa didoakan panjang umur dan murah rezeki .. ( nenek nak sponsor .. yezza ...)...

Kelegaan 10 : bersalaman dengan dengan mama dan adik2 ...restu mama amat penting .. sebab kerinduan mama la yang membawa anakanda sulung ini pulang ... insyaAllah janji itu akan sentiasa diingati dan ditepati..

Kelegaan 11 : Pukul 8 malam 10 mac ... kelegaan abah kelegaan Zero ... tepat 8.30 malam Borcos Taqwa berjaya diturunkan ke laut dari shipway .. tekanan air berjaya diatasi kerana menurut abah "cork" Borcos Taqwa sangat besar.. abah hepi untuk meninggalkan shipyard dan urusan lanjutan kepada budak2nya.. u r da best abah ..

Kelegaan 12 : (sebenarnya ini adalah imbasan kembaLi detik-detik cuTi terdahuLu sebelum cuti 12 kelegaan di atas namun masih indah untuk dikongsi) .. bas suPer Nini .. seat Zero no.10 n bukan singLe seat tp double seat .. no.11 masih kosong tika Zero letak beg .. bersama abah ke 7-11 jap cari air n ble balik lepak jap kat bas .. abah berbual mesra dengan pasangan suami isteri dan rupa2nya anaknya juga mahu pulang ke upSi .. anak mereka sudah naik bas lalu Zero juga bersalam dengan abah lalu menuju seat 10.. tiba di seat 10 , kelihatan seat 11 sudah berpenghuni .. penghuni seat 11 sedang melambai2 pada pasangan suami isteri td.. rupa2nya dia adalah anak gadis pasangan tersebut .. kemudian bermulalah satu kisah yang menggembirakan.. Alhamdulillah..berkat tiket yang dibeli oleh abah Zero dan ayah Myra maka kisah kami bermula ... :)

itu lah dia 12 kelegaan.. sungguh bermakna cuti singkat ni.. keputusan balik kampung yang amat tepat .. semua hajat dan impian serta tugas yang perlu dilaksanakan sempena balik kampung tempoh hari sudah dicapai .. Zero sungguh gembira ..

perjalanan baru yang amat positif telah bermula ...

semoga hidup pembaca2 semua ceria dan dirahmati Allah S.W.T ..

galaksi ceria terus mengorbit keceriaan...

1 comment:

Big's G said...

wwww.bigdahtahu.blogspot