.. GaLakSi MiNDa CeRiA : ZeRo's KingDom Of CoLour..

~ 天の道を往き、総てを司る!.. Ten no michi o iki, subete o tsukasadoru! .. "Walking the path of heaven, to rule everything!" (Tendou Zero , 1985) ~
..GaLakSi Suci Crystal..

Tuesday, March 24, 2009

Zero : Memoir Kasih Tercipta Untukku ..

- hensem + kacak + jelita + sopan .. pic ini adalah pasca selepas bertungkus-lumus mengharungi 2 hari sukan penuh kekeluargaan (tahniah kepada KASiH).. emas perak gangsa hamper semue kami rasakan .. nyanyian penuh keasyikan ditujukan sebagai pemangkin penerus perjuangan .. namun mari kita ikuti apa yang dilalui oleh wajah-wajah ceria di atas sebelum memperolehi kejayaan di atas...


- 12 orang jejaka , 12 pembaling kelapa , ** jatuhan pin (terpaksa dirahsiakan kerana dalam kalangan 12 orang jejaka kacak dan bergaya ini ada senior saya..huhu)..yang penting adalah gaya dan keyakinan .. keputusan yang dijangka.. :p

- menang sebelum berjuang .. itulah semangat dan gaya team bola jaring Trainers F yang sememangnya tidak pernah kalah sebelum berjuang.. dengan gaya yang boleh mengalahkan pasukan boling kelapa di atas , menjadi naib johan adalah satu keputusan yang membanggakan .. tahniah kepada pemain-pemain yang sememangnya mempunyai bakat semula jadi .. tiada latihan tetapi kemenangan yang menjelma ..



- ni yang malas ni .. ade je cerita panas dan sensasi .. itulah dia Lovo Dan .. kecederaan tidak pernah menghalangnya menunjukkan gaya posing yang mantap .. bersama pasangan regunya Lee Chong Wak , mereka berjaya menewaskan pasangan regu mantap semester 1 dalam perlawanan mendebarkan.. namun kecederaan yang dialami Lovo Dan mengakhiri perjuangan mereka apabila tewas kepada pasangan no.2 UPSi , Qamar + Emon .. abg Wak .. maafkan saya ..





- skuad isi air dalam botoL wanita termantap di Tanjung Malim bergambar bersama coach + manager + pemegang botoL .. gabungan mantap ini memberikan kejuaraan isi air dalam botol yang julung kali diadakan di Malaysia .. sungguh membanggakan .. :)



- hurm .. apakah "figure" dan "ground" pic ini??.. bermotifkah ??.. pic ini sebenarnya menunjukkan ukhwah yang terjalin tanpa mengira masa dan tempat .. kekaguman melihat "muscle" rakan juga boleh membina hubungan walaupun si gadis cuba "leave the person n topic" sekaligus .. awas kemesraan menimbulkan cemburu ..




- berbeza dengan pasukan boling keLapa di atas , pasukan di atas ini adalah pasukan tarik tali Trainers MaskuLin yang dipilih berdasarkan kekuatan fizikal , ketahanan minda dan fotogenik.. kegerunan terhadap pasukan semester 7 ini menyebabkan pelbagai taktik digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan pasukan penuh maskulin ini namun semuanya gagal.. tahniah kerana anda semua lelaki yang berani menerima cabaran .. :)


Trivia KASiH 2009 :

- Dr Jazimin , En. Taqiuddin dan Dr. Fauziah adalah 3 orang pakar sukaneka yang telah turun khas bagi memeriahkan acara pada pagi Ahad tersebut .. disebabkan mereka mewakili team sukaneka semester lain maka skuad sukaneka Trainers bersepakat bahawa kemenangan para pensyarah lebih utama .. :)


- penguasaan Trainers dalam badminton tidak dapat dinafikan walaupun pasangan regu Dr.J dan En.TaQ cube memecahkan dominasi Trainers dengan turut bertanding.. walaupun Lovo Dan cedera namun ahli-ahli skuad yang lain seperti Meor , Alina , Wani , Pijo , Q , Emon , Piji dan Wak telah memberikan 3 emas , 1 perak dan 2 gangsa kepada Trainers..


- Trainers gagal menguasai sukaneka akibat kegagalan pasukan impian iaitu skuad Gelang Berantai Lelaki memulakan acara sukaneka dengan bergaya walaupun dianggotai atlet gelang beranTai Kebangsaan.. kegagalan ini diletakkan sepenuhnya kepada atlet paling sombong sepanjang kejohanan ini iaitu Prince A ..


- pasukan bola jaring hanya dibentuk pada jam 11 pagi hari Jumaat 20 Mac 2009 selepas kelas etika .. namun hasilnya adalah pingat perak .. walaupun sibuk dengan tugas sebagai pelajar , ibu , isteri , tunang dan kekasih namun mereka membuktikan status bukan penghalang..


p/s : entry pasal futsal dan entry pasal show adalah entry yang akan muncul pada masa yang terdekat .. so hayati dulu semangat kesukanan atlet-atlet di atas dan bersedialah menerima entri terbaru yang penuh kejutan tidak lama lagi..


3 comments:

Dr Ahmad Jazimin Jusoh said...

Seronok tengok kegembiraan Zero dan rakan-rakan. Bukan mudah nak cari balik suasana ini. Ia akan terasa bila kita memerlukannya. Tahniah Zero!!! Saya bangga sangat

Mohd Azirul bin Ismail said...

terima kasih dr.J .. melihat kegembiraan kwn2 memang satu kepuasan .. bertemu untuk berpisah dan ade rezeki bertemu kembali ..

n saye pn bangga sebab dr. sgt komited dengan tanggungjawab .. insyaAllah kalo berkesempatan kte same2 kembali ke suasana smSD..ehehe..

cpus_purai said...

hahahahahaha....
byknyeeerr pic i....
i sukeeee...